Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Kelab renang Sarawak naib juara

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Prestasi hebat dipamerkan kelab renang dari Sarawak iaitu Persatuan Renang Amatur Sarawak pada Kejohanan Renang Peringkat Umur GRP Milo Edisi 1 2022 di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil hujung minggu lalu.

Barisan kendalian Raymond Chang (Ketua Jurulatih) itu menduduki tempat kedua setelah meraih 28 pingat keseluruhan, 13 emas, sembilan perak dan enam gangsa.

“Secara keseluruhan saya berpuas hati dengan prestasi dipamer para perenang sepanjang saingan,” katanya kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Raymond, penampilan kesemua perenangnya dalam kejohanan selama tiga hari (14, 15, 16 Januari) itu dilihat sebagai landasan terbaik untuk memperbaiki kelemahan yang ada.

“Ini adalah pentas terbaik bagi perenang untuk memperbaiki kelemahan terutama mereka yang akan bersaing di temasya Sukan Malaysia (SUKMA) nanti,” katanya.

Beliau berkata pasukannya akan mempertaruhkan 22 orang perenang berumur 15 hingga 22 tahun termasuk perenang kebangsaan, Wilson Sim.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru