ARTIKEL

Keladi boleh rawat penyakit Parkinson, Alzheimer – Sagah 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Sarawak menerusi Pusat Biodiversiti Sarawak (SBC) sedang memulakan penyelidikan ke atas keladi, yang berpotensi merawat penyakit Parkinson dan Alzheimer.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Roland Sagah Wee Inn berkata, tumbuhan yang berpotensi diteroka itu digunakan sebagai rawatan penyakit neurodegeneratif.

“Walaupun keladi sering dianggap tidak berguna, namun kini ia terbukti memiliki khasiat yang boleh membantu pesakit Parkinson dan Alzheimer. 

“Hasil kajian yang dilakukan oleh SBC menunjukkan tindak balas positif terhadap sebatian ini. Ini menunjukkan institusi penyelidikan membuat banyak perkara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas selepas ucapan Penggulungan Perbahasan kementeriannya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19, hari ini.

Menjelas lanjut, beliau mendedahkan bahawa SBC telah menerima peruntukan berjumlah RM20 juta melalui projek kerjasama daripada syarikat multinasional dan badan pembiayaan antarabangsa.

Katanya ini bagi membuat kajian berkaitan dengan alga, perkongsian akses dan faedah, dan penemuan sebatian anti-virus daripada produk semula jadi.

LAIN-LAIN BERITA

BERITA TERBARU