ARTIKEL

Palestinian children receive cooked food rations as part of a volunteer youth initiative in Rafah in the southern Gaza Strip, on March 5, 2024, amid widespread hunger in the besieged Palestinian territory as the conflict between Israel and the Palestinian militant group Hamas continues. (Photo by MOHAMMED ABED / AFP)

Kelaparan akut jejas 281.6 juta orang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

NEW YORK: Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, iaitu tahun kelima berturut-turut ketakjaminan makanan semakin memburuk.

Menurut Laporan Global terkini berkaitan Krisis Makanan, lebih daripada satu daripada lima orang di 59 negara menghadapi ketakjaminan makanan yang teruk pada 2023, berbanding hanya satu daripada 10 di 48 negara pada 2016.

“Apabila kita bercakap berkaitan ketakjaminan makanan yang teruk, kita bercakap berkenaan kelaparan yang begitu teruk sehingga menimbulkan ancaman segera kepada mata pencarian dan kehidupan orang ramai.

“Ini adalah kelaparan yang mengancam untuk menjadi kebuluran dan menyebabkan kematian yang meluas,” kata Pengarah Pejabat Perhubungan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) PBB, Dominique Burgeon di Geneva, menurut Agensi Berita Emirates (WAM).

Laporan itu dengan inisiatif bersama melibatkan FAO, Program Makanan Dunia PBB (WFP) dan Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF) mendapati walaupun peratusan keseluruhan orang yang ditakrifkan sebagai makanan tidak selamat secara berbahaya tahun lepas adalah 1.2 peratus lebih rendah daripada 2022, masalah itu semakin memburuk sejak krisis COVID-19.

Laporan Global Krisis Makanan itu juga menunjukkan apabila koronavirus melanda pada akhir 2019, sekitar satu daripada enam orang di 55 negara menghadapi tahap ketakjaminan makanan yang membimbangkan, berbanding satu daripada lima hanya setahun kemudian. – Berna

BERITA LAIN

Ireland secara rasmi iktiraf Negara Palestin

DUBLIN: Ireland secara rasmi mengiktiraf Negara Palestin dan menggesa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mendengar suara masyarakat antarabangsa dan menghentikan malapetaka kemanusiaan di Semenanjung

Jepun mahu tubuhkan organisasi siasat kejadian UFO

TOKYO: Penggubal undang-undang Jepun pada Selasa bertemu untuk mewujudkan kumpulan dwipartisan yang akan meminta kerajaan menubuhkan organisasi untuk menyiasat fenomena udara tidak dikenal pasti atau

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)