ARTIKEL

Kelas bimbingan saudara baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MUALAF memerlukan sokongan banyak pihak mendalami ajaran Islam.

Bagi saudara baharu Islam, mereka memerlukan panduan serta rujukan berterusan dalam menjalani hidup sebagai Muslim.

Oleh itu, Hidayah Centre Foundation menyediakan Kelas Bimbingan Mualaf di seluruh Sarawak bagi tujuan tersebut.

Sekiranya anda menemui mualaf, anda boleh sambut mereka dengan ramah serta menampilkan senyuman dan sikap terbuka untuk menyemai rasa kemesraan.

Kesediaan mendengar permasalahan serta membantu memudahkan urusan mereka pasti menerbitkan rasa bahagia.

Sentiasa ingat bahawa setiap perjalanan mualaf adalah unik dan berbeza dan mualaf menghadapi pelbagai tentangan dan mengalami perasaan bercampur baur.

Dengan bersikap penuh pengertian dan sentiasa membantu, kita dapat bersama-sama membina suasana yang positif dan tenang bagi mereka yang baru saja memeluk agama Islam.

Rakyat Sarawak yang terdiri daripada pelbagai kaum, penting untuk mencapai keharmonian dan saling menghormati dengan kepercayaan masing-masing.

Semoga kita boleh mencapai suasana yang lebih baik, damai, dan harmoni berdasarkan nilai dan ajaran agama Islam.

Sekiranya anda berminat untuk menyertai kelas bimbingan sedia ada atau membuka kelas baharu di kawasan anda, boleh hubungi penama tersebut bagi kawasan yang disenaraikan.

Baca lain  Tradisi bertuntung tetap ‘menyala’ di sebalik pemodenan

Untuk Kuching boleh hubungi latian 014-9924886, Samarahan (019-4102067), Sibu (013-8256457), Bintulu (013-8178159) dan Miri (019- 4387723).

BERITA LAIN

Terus budaya baca al-Quran

SETIAP kali Ramadan, kita lihat ramai mengikuti kumpulan tadarus al-Quran sehingga berjaya khatam. Semangat ini sangat baik untuk diteruskan walaupun Ramadan berlalu. Firman Allah dalam

Yayasan Ikram Miri santuni asnaf

MEMBAWA semangat prihatin dan mengingati golongan memerlukan, Yayasan Ikram Miri melancarkan program sumbangan pek Ramadan bertujuan membantu murid daripada golongan asnaf. Melalui sumbangan tersebut, penerima

Pendarahan teruk apabila luka

Memandangkan hemofilia ialah penyakit sejak lahir dan biasanya diwarisi, ia dikatakan terjadi melalui gen atau baka ibu bapa yang mempunyai warisan genetik kromosom X. Oleh

Hemofilia perlu kesedaran awam

SAMBUTAN Hari Hemofilia pada 17 April setiap tahun dilakukan sejak 35 tahun lalu bermula pada 1989. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Hemofilia ialah penyakit yang

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh