ARTIKEL

Keldai akaun hamba scammer

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

TATKALA dihimpit masalah kewangan, tawaran menyewakan kad bank peribadi sebagai “keldai akaun” dengan kadar upah lumayan dianggap sebagai jalan pintas mendapatkan wang.

Menurut Majlis Keselamatan Negara, keldai akaun ialah individu yang menyerahkan kad Mesin Teler Automatik (ATM) miliknya serta nombor pin kad tersebut kepada individu lain dan akaun tersebut pula digunakan bagi tujuan jenayah. 

Kebanyakan mereka terpedaya dengan janji mendapat pulangan lumayan.

Seseorang itu boleh menjadi keldai akaun apabila pemilik akaun itu sendiri menyerahkan kad ATM dan nombor pin kepada rakannya, kenalan dalam talian dan peminjam wang (ah long).

SUKAR DIKESAN

Malah, terdapat pemilik akaun yang menjual terus kad ATM dan nombor pin mereka.

Terdapat juga pemilik akaun ditawarkan pekerjaan untuk membuat transaksi wang dari akaun persendirian ke akaun pihak ketiga dan dibayar komisen bagi tujuan tersebut.

Penjenayah penipuan ini menggunakan kaedah transaksi wang secara berperingkat agar melambatkan pihak berkuasa mengesan wang mangsa. 

Kaedah ini dinamakan “layering akaun bank” iaitu mangsa memindahkan wang ke akaun keldai (lapisan pertama) yang diberi oleh saspek atau sindiket.

Baca lain  Gegaran gempa bumi hampir dua minit cukup mendebarkan

Kemudian, wang tersebut dipindahkan ke beberapa akaun keldai lain bagi menyukarkan pengesanan.

Proses ini amat pantas, hanya memakan masa 5 minit dengan menggunakan perbankan Internet.

Setelah itu, wang hasil penipuan dikeluarkan oleh sindiket bagi menghapuskan jejak wang dari sistem perbankan.  

Ini terjadi kepada ibu berusia 21 tahun yang mendapati enam akaun banknya dibeku dan disenarai hitam sebagai “akaun keldai” sebelum ini. 

Wanita tempatan tersebut dilaporkan menjadi mangsa apabila meminjamkan tiga kad bank miliknya selama sebulan dengan bayaran RM600 kepada rakannya pada September lalu. 

Akibat tindakannya itu, mangsa menerima surat daripada Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh untuk melapor diri di Balai Polis Kampung Baru Subang, Selangor.

Mangsa kemudiannya pelbagai kesalahan kerana membenarkan akaun bank mereka digunakan untuk aktiviti jenayah,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini. 

Jelasnya, keldai akaun boleh dituduh di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan, Seksyen 424 Kanun Keseksaan dan Seksyen 37(1) Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, individu atau syarikat dinasihatkan agar segera menutup akaun bank mereka sekiranya tidak lagi mempunyai kawalan ke atas akaun bank tersebut agar tidak digunakan untuk kegiatan menyalahi undang-undang.

Baca lain  Babaco kacukan spesies betik

Dalam pada itu, orang ramai boleh membuat semakan nombor telefon dan akaun bank suspek melalui check Scammer CCID atau melalui laman web http://semakmule. rmp.gov.my sebelum membuat sebarang transaksi kewangan.

Hubungi National Scam Response Center (NSRC) di talian 997 jika anda merupakan mangsa penipuan siber.

Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Perdana Menteri pada 14 Oktober 2022, Pusat Respons Scam Kebangsaan ditubuhkan sebagai pusat operasi untuk menyelaraskan tindak balas pantas ke atas penipuan kewangan dalam talian. 

Tindak balas ini termasuk pengesanan dana yang dicuri secara lebih cepat dan pengambilan tindakan penguatkuasaan terhadap penjenayah.

NSRC merupakan usaha sama antara PDRM, Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), institusi kewangan serta industri telekomunikasi.

Pusat ini beroperasi setiap hari bermula 8 pagi hingga 8 malam.

Dalam usaha mengatasi permasalahan ini, JSJK turut mengadakan Kempen Anti Scam PDRM sebagai pendekatan mengekang ancaman jenayah komersial yang semakin meningkat.

BERITA LAIN

Pengurusan rekod sistematik, efisien

SESI kunjungan hormat Ikmas ke Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak diketuai Timbalan Pengarah Ikmas, Abd Malek Ghazali dan disambut Pengarah Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak

Lawatan ke CENTEXS

SERAMAI 106 pelajar semester dua Diploma Dakwah Islamiyah mengikuti lawatan ke Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) diiringi enam pegawai Ikmas. Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan

Kuih bongkol juadah istimewa Sarawak

KUIH bongkol tidak asing lagi bagi masyarakat Sarawak lebih-lebih lagi pada Ramadan lalu. Malah, kuih ini pasti menjadi salah satu hidangan wajib dijual oleh peniaga

Bertuntung gaya moden

TRADISI “bertuntung” dilihat semakin moden dengan gabungan lampu LED atau lampu liplap sebagai penyeri rumah pada 10 malam terakhir Ramadan sehingga Syawal di Sarawak. Tradisi

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,