ARTIKEL

RAMPAS… Dadah yang dirampas daripada seorang lelaki tempatan di LTS pada 13 Mac lepas.

Keldai dadah gagal seludup Methamphetamine ke Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SIBU: Cubaan seorang lelaki membawa masuk dadah jenis Methamphetamine seberat 13.26 kilogram bernilai RM437,580 di Lapangan Terbang Sibu (LTS), 13 Mac lepas berjaya digagalkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sibu.

Pengarah Kastam Sarawak Norizan Yahya berkata, dalam kejadian kira-kira jam 11.55 pagi itu, sepasukan Pegawai Kastam dari Unit Pemeriksaan Penumpang (UPP) LTS dengan kerjasama Cawangan Penguatkuasaan Sibu telah menahan seorang lelaki tempatan berusia 20-an yang tiba di lapangan terbang tersebut.

“Lelaki terbabit ditahan oleh JKDM Sibu sebaik sahaja imej imbasan ke atas kotak yang dibawa menunjukan tanda positif bahan narkotik.

“Pemeriksaan lanjut ke atas kotak tersebut, membawa kepada penemuan sejumlah 13 bungkusan mengandungi serbuk kristal yang disyaki dadah berbahaya jenis Methamphetamine dengan berat kasar 13.26 kilogram dan nilai pasaran dianggarkan bernilai RM437,580,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Norizan, siasatan awal mendapati lelaki terbabit disyaki sebagai keldai dadah yang membawa masuk dadah berkenaan ke Sarawak.

Sehubungan itu katanya, Mahkamah Majistret Sibu telah mengeluarkan perintah reman selama enam hari bermula 14 Mac 2024 ke atas lelaki tersebut bagi tujuan siasatan.

Baca lain  25 kg syabu bernilai RM848,100 dirampas di Miri, tiga lelaki tempatan ditahan

“Kes kedua pula iaitu pada 14 Mac 2024 jam lebih kurang 12.00 tengah hari, JKDM Sibu telah menyita sebuah kotak yang tidak dituntut di LTS.

“Pemeriksaan awal oleh UPP LTS ke atas kotak yang ditinggalkan tersebut didapati menunjukan tanda positif bahan narkotik.

“Hasil pemeriksaan rapi yang dijalankan pasukan Cawangan Penguatkuasaan Sibu telah menemukan sejumlah 13 bungkusan disyaki dadah berbahaya jenis Methamphetamine dengan berat kasar 13.26 kilogram dengan nilai pasaran dianggarkan bernilai RM437,580.00.

“Cawangan Penguatkuasaan Sibu sedang berusaha untuk mengesan individu yang meninggalkan kotak berkenaan di Lapangan Terbang Sibu dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” jelasnya.

Mengulas lanjut kata Norizan, jumlah keseluruhan dadah yang berjaya dirampas adalah seberat 26.52 kilogram dianggarkan bernilai RM875,160.

Modus operandi (MO) bagi kes ini adalah membawa masuk bahan narkotik dari Wilayah Semenanjung Malaysia ke Wilayah Sarawak secara transit dan diletakan di dalam kotak bersama makanan ringan bagi mengaburi pihak berkuasa, katanya.

Baca lain  Sumbang mahram: Tertuduh mengaku tidak bersalah, dilanjutkan tahanan 
DADAH… Dadah yang dirampas dalam kotak yang ditinggalkan di LTS pada 14 Mac lepas.

“Berdasarkan jumlah berat dadah yang diperoleh, rampasan ini berjaya membanteras daripada diedarkan kepada 132,600 penagih dadah.

“Bagi tempoh Januari hingga 19 Mac 2024, JKDM Sibu merekodkan rampasan dadah jenis Methamphetamine sebanyak 41.95 kilogram yang dianggarkan bernilai RM1,384,350 di LTS,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh