ARTIKEL

KELEBIHAN SENAMAN REGANGAN

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

AKTIVITI regangan sering dilakukan sebagai langkah awal sebelum melakukan aktiviti senaman lain. Kita difahamkan regangan perlu untuk memastikan otot badan dalam kedaan bersedia sebelum bersukan.

Namun, tahukah anda banyak kajian dijalankan mendapati aktiviti regangan tidak sepatutnya dibuat sebelum aktiviti pemanasan badan.

Jika regangan dilakukan tanpa pemanasan badan, kecederaan pada otot boleh berlaku. Ketika tubuh tidak bersedia, regangan otot yang dilakukan secara tiba-tiba boleh mencederakan fi ber otot.

Sebaliknya, jika senaman lain dilakukan terlebih dahulu, aliran darah lebih lancar dan lebih banyak di bahagian otot terbabit. Ini menyebabkan tisu otot lebih fl eksibel dan mudah melakukan sebarang pergerakan.

Aktiviti ringan seperti berjalan, berjoging atau senaman kekuatan menggunakan pemberat selama lima hingga 10 minit boleh dilakukan untuk memanaskan badan sebelum senaman regangan.

Semua jenis senaman yang menaikkan kadar degupan jantung dan meningkatkan aliran darah, sesuai dilakukan sebelum senaman regangan.

Fleksibiliti hasil senaman regangan berterusan membuat tubuh lebih kuat serta keanjalan sendi dan otot menjadikan seseorang fl eksibel.

KURANG RISIKO CEDERA

Tubuh yang fl eksibel membolehkan seseorang menghasilkan prestasi pergerakan penuh dan sempurna.

Manakala, tahap fl eksibiliti yang rendah boleh menyebabkan kecederaan ketika bersukan seperti ketegangan otot, terseliuh dan berlaku ketidakseimbangan otot. Senaman regangan untuk melembut dan meningkatkan fl eksibiliti tubuh badan memberi banyak kelebihan.

Ia dapat menghasilkan pergerakan dengan lebih mudah, membina kekuatan dan keseimbangan.

Kesan positif senaman regangan dapat mengurangkan risiko kecederaan.

Tubuh kuat dan fl eksibel lebih tahan menghadapi tekanan fi zikal.

Memandangkan regangan dapat mengatasi ketidakseimbangan otot, hal ini dapat membantu mengelak kecederaan berlaku ketika aktiviti fi zikal.

Ketidakseimbangan otot dapat diatasi dengan menguatkan otot yang lemah dan meregangkan otot yang ketat.

Otot ketat sering terjadi kerana ia terlalu aktif, manakala otot lemah pula terhasil kerana kurang aktif.

Senaman regangan juga dapat mengurangkan rasa sakit.

Tubuh berasa lebih ringan dan selesa setelah otot badan diregang dan dikendurkan.

Otot yang longgar dan tidak tegang dapat mengurangkan rasa sengal dan sakit di badan.

Kekejangan otot juga jarang terjadi jika otot diregangkan.

LEBIH SEDIA

Postur badan lebih sempurna dan lebih stabil dengan tubuh yang fl eksibel.

Senaman spesifi k untuk regangan otot menghasilkan posisi badan yang ideal dan memperbetul ketidakseimbangan badan.

Julat pergerakan yang lebih, pasti memudahkan anda melakukan pergerakan tertentu.

Contoh senaman yang sering dilakukan ialah yoga terbukti menghasilkan badan stabil dan seimbang.

Selain itu, senaman regangan berterusan juga dapat menghasilkan minda lebih positif.

Regangan melonggar dan melembutkan sendi serta otot dapat membantu menenangkan minda.

Fizikal yang sihat juga dapat dicapai dengan minda yang positif dan pemikiran yang lebih tenang.

Tubuh yang fl eksibel juga memerlukan kekuatan secukupnya.

KEKUATAN OTOT

Senaman regangan meningkatkan kekuatan otot secara tidak langsung.

Ini kerana otot diperlukan untuk menghasilkan ketegangan yang bersesuaian dengan setiap pergerakan.

Memandangkan kita mempunyai lebih 600 jenis otot pada badan, senaman regangan setiap hari mungkin agak membebankan.

Berita penting buat semua, anda tidak perlu meregangkan setiap otot pada badan.

Bahagian yang kritikal untuk pergerakan sahaja perlu diregangkan seperti bahagian kaki merangkumi otot soleus, gastrocnemius, hamstrings, iliopsoas pada bahagian pinggul dan otot quadriceps pada paha.

Aktiviti regangan bahu, leher dan kawasan tulang belakang juga amat disarankan.

Senaman regangan wajar dilakukan sekurang-kurangnya tiga atau empat kali setiap minggu.

Otot hendaklah diregangkan 30 saat setiap pergerakan.

Setiap regangan ideal terasa seperti daya tarikan tertentu di bahagian otot, tetapi ia tidak menyakitkan.

Jika anda terasa sakit ketika aktiviti regangan, berkemungkinan terdapat kecederaan tisu otot yang diregang.

Fisioterapis dapat memeriksa kekuatan dan tahap fl eksibiliti anda.

Berdasarkan pemeriksaan fi zikal, program senaman regangan bersesuaian diberikan untuk menepati keperluan tubuh anda secara spesifi k.

Pesakit parkinson dan penghidap artritis hendaklah mendapatkan nasihat pakar kesihatan sebelum memulakan senaman regangan dalam rutin senaman mereka.

BERITA LAIN

Bank makanan siswa

PROGRAM bank makanan siswa institusi pengajian tinggi (IPT) merupakan inisiatif kesinambungan Program Food Bank Malaysia yang dilancarkan pada 22 Disember 2018. Ia adalah untuk membantu

Atur masa makan

DIET cara Intermittent Fasting (IF) semakin popular sejak kebelakangan ini . Ia dikenali sebagai pendekatan kaedah pemakanan yang sihat merangkumi kitaran waktu berpuasa dan waktu

Ekonomi karbon Sarawak

SARAWAK berpotensi mewujudkan tempat menyimpan karbon dari hutan kekal bagi menggalakkan penyerapan karbon dan menjalankan skim penanaman pokok untuk kredit karbon. Malah, pelaksanaan kredit karbon

Tugas RELA semakin penting

Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) semakin diperlukan dalam komuniti. Jika kita melihat, ketika keramaian ataupun majlis, tentu ada perkhidmatan RELA digunakan seperti mengawal keadaan seperti lalu

LAIN GENERASI, LAIN PANDANGAN

KALAU dahulu susah, zaman sekarang senang… semua boleh dapat. Pernahkah kita dengar ungkapan demikian? Biasanya ia datang daripada generasi lebih berusia atau lebih tepat, orang

Pilihan laluan kemahiran

SELAIN KATEGORI pekerjaan mengikut tahap kompleks, pekerjaan kemahiran, seperti pekerjaan laluan akademik juga boleh dikategori mengikut jenis pensijilan. Kumpulan persijilan mengikut keperluan perundangan ialah kemahiran

BERITA TERBARU