ARTIKEL

Kelestarian tenaga hijau untuk masa depan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PEMANASAN global dan pencemaran alam sekitar antara isu utama yang hangat dibincangkan seantero dunia hari ini.

Suhu purata bumi dijangka meningkat melebihi had 1.5 darjah Celsius buat pertama kali dalam tempoh lima tahun akan datang berikutan pemanasan global semakin buruk.

Saintis dan penyelidik yakin bumi berkemungkinan besar bakal memecahkan rekod suhu purata itu sebelum 2027.

Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat melaporkan terdapat peningkatan suhu dunia antara 0.4 hingga 0.5 darjah Celsius pada setiap lima tahun sejak 1952. 

Dengan ini, suhu dunia meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini apabila manusia terus membakar bahan api fosil yang meningkatkan pemanasan bumi seperti arang batu, minyak dan gas, malah tiada tanda ia diperlahan.

PENCEMARAN

Penyumbang besar masalah ini apabila setiap kali bahan api jenis fosil dibakar, ia melepaskan banyak karbon dioksida dan meningkatkan pencemaran.

Berdasarkan laporan Agensi Tenaga Antarabangsa pada 2016, sebanyak 25 peratus karbon dioksida dunia terhasil daripada sektor penjanaan tenaga jenis fosil.

Malaysia juga sebenarnya antara penyumbang tertinggi pelepasan karbon dioksida dalam kalangan negara Asean.

Oleh itu, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melancarkan Pelan Hala Tuju Tenaga Boleh Baharu Malaysia atau Malaysia Renewable Energy Roadmap (MyRER) bermula 2021 sehingga 2035.

Baca lain  Kebetulan dan kebetulan

Misi negara adalah untuk mengurangkan kadar pelepasan karbon dioksida oleh sektor penjanaan tenaga 45 peratus pada 2030 dan 60 peratus pada 2035.

Kerajaan juga mengumumkan sasaran unjuran kapasiti tenaga boleh baharu atau tenaga yang dijana daripada sumber semula jadi seperti cahaya suria, angin, hujan atau ombak sebanyak 31 peratus menjelang 2025 dan 40 peratus menjelang 2035.

Malaysia berpotensi memajukan sumber tenaga suria memandangkan iklim negara kita yang berada di garisan khatulistiwa – menerima pancaran matahari sepanjang tahun.

Hal ini selari dengan misi Dasar Pembangunan Luar Bandar Malaysia untuk mewujudkan luar bandar yang sejahtera, inklusif, mampan dan holistik.

Dasar Teknologi Hijau Negara (DTHN) dilancarkan pada Julai 2009 turut menekankan aspek pemacuan pertumbuhan ekonomi negara dan pembangunan mapan. 

Dari aspek tenaga, teknologi hijau mencari kaedah untuk mengurangkan penggunaan tenaga dan pada masa yang sama mempromosikan kecekapan guna tenaga.

Walaupun terdapat punca semula jadi, tetapi aktiviti manusia lebih banyak menyumbang kepada keduadua mekanisme tersebut.

Lantaran itu, penekanan teknologi hijau alternatif tepat dalam menangani masalah kesan rumah hijau selaras dengan agenda utama kerajaan seluruh dunia pada masa kini yang memberi keutamaan kepada isu alam sekitar khususnya fenomena perubahan cuaca.

Baca lain  Perpaduan jamin Keselamatan Negara

Dalam pada itu, strategi pembinaan di kawasan perairan dilihat sebagai usaha yang bijak kerana menjimatkan ruang darat dan lebih mudah untuk mengekalkan suhu optimum secara semula jadi. 

Mengikut fakta, penggunaan tenaga solar merupakan kaedah kelapan terbaik untuk mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau. 

TENAGA SOLAR

Mengikut perangkaan, jika penggunaan tenaga solar dipertingkatkan sebanyak 10 peratus menjelang 2050, ia dapat menghalang 43.7 bilion tan gas karbon dioksida bebas ke udara. 

Namun, penggunaan tenaga solar masih kurang popular di seluruh dunia kerana menunjukkan hanya membekalkan 0.4 peratus tenaga elektrik, tetapi penggunaannya pula dikatakan terus meningkat di serata dunia. 

Sementara itu, Sarawak juga dikatakan menjadi wilayah paling aktif dalam aktiviti pembangunan teknologi hijau dengan pengeluaran mikroalga industri pertama Sarawak, CHITOSE Carbon Capture Central Sarawak (C4 Sarawak) dilancarkan secara rasmi di Sejingkat Power Corporation baru-baru ini. 

Menurut Duta Besar Jepun Ke Malaysia Tuan Yang Terutama Takahashi Katsuhiko, usaha pembangunan teknologi hijau ini memberi manfaat dari aspek keselamatan tenaga, makanan dan alam sekitar.

Baca lain  Hikmah masyarakat majmuk

Tambah beliau, Sarawak merupakan antara wilayah yang aktif dalam menyuarakan pendapat tentang teknologi hijau dan berharap negeri ini menjadi pusat perkembangan menggunakan teknologi dari Jepun. 

Sehingga kini, difahamkan terdapat 30 syarikat Jepun beroperasi di negeri ini termasuk Chitoce Carbon Capture Central yang merupakan projek kerjasama Jepun-Sarawak. 

JANA TENAGA

Teknologi hijau terbukti lebih cekap kerana ia boleh menjana tenaga dalam pelbagai keadaan dengan kos murah, selamat dan mesra pengguna.

Ini dapat dibuktikan melalui pengalaman dan amalan di negara maju yang membangunkan industri ini sejak sekian lama.

Kerajaan Sarawak turut meneroka secara lanjut sumber tenaga boleh diperbaharui termasuk hidro, solar, hidro solar dan gas turbin.

Selaras Agenda Tenaga Hijau, ini menandakan satu pencapaian penting Sarawak dalam mencapai ekonomi hijau mampan.

Sebenarnya negara kita mempunyai kemampuan dari segi sumber dan modal insan untuk membangunkan tenaga alternatif bagi menggantikan sumber yang sedia ada. 

Malaysia harus bergerak pantas dalam usaha menangani fenomena kenaikan harga bahan api dan krisis tenaga yang berterusan dengan melihat potensi tenaga alternatif. 

Istilah yang sedang hangat dibicarakan pada masa kini ialah ‘tenaga’ selepas Internet, bioteknologi dan nanoteknologi.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Tugas RELA semakin penting

Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) semakin diperlukan dalam komuniti. Jika kita melihat, ketika keramaian ataupun majlis, tentu ada perkhidmatan RELA digunakan seperti mengawal keadaan seperti lalu

LAIN GENERASI, LAIN PANDANGAN

KALAU dahulu susah, zaman sekarang senang… semua boleh dapat. Pernahkah kita dengar ungkapan demikian? Biasanya ia datang daripada generasi lebih berusia atau lebih tepat, orang

Pilihan laluan kemahiran

SELAIN KATEGORI pekerjaan mengikut tahap kompleks, pekerjaan kemahiran, seperti pekerjaan laluan akademik juga boleh dikategori mengikut jenis pensijilan. Kumpulan persijilan mengikut keperluan perundangan ialah kemahiran

Penghubung kerajaan, akar umbi

SUDAH menjadi pelengkap kampung untuk mempunyai pemimpin yang menjadi penghubung antara rakyat dengan Kerajaan Negeri. Antaranya ialah Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) — memainkan

Budaya bermaafan, elak sengketa

SETIAP kali Hari Raya Aidilfitri, ia peluang terbaik untuk meminta maaf atas segala kesalahan dalam sedar ataupun tidak. Walaupun ungkapan tersebut ringkas, tetapi ia mempunyai

Adab bertamu

UMAT Islam di Malaysia dijangka merayakan sambutan Aidilfitri pada Rabu ini, 1 Syawal 1445 Hijrah bersamaan 10 April 2024. Bermakna tamatlah perjuangan Ramadan yang penuh

BERITA TERBARU