ARTIKEL

TEPAT KE SASARAN… Ayu Az’zetty Allyya Azmi (kiri) mengasak Dayang Nur Fazedah (kanan) pada perlawanan itu. – FOTO MOHD. AMIR SYUKRY

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan Muaythai Piala Premier Sarawak Edisi Ke-10 2026 di Naim Mall Street Paragon, di sini, petang tadi.

Atlet berusia 21 tahun mewakili Legacy Muaythai itu menewaskan Dayang Nur Fazedah dari Kelab Muaythai Gading Lundu dalam kategori 42 hingga 45 kilogram pada perlawanan kelima kejohanan berkenaan.

TEPAT KE SASARAN… Ayu Az’zetty Allyya Azmi (kiri) mengasak Dayang Nur Fazedah (kanan) pada perlawanan itu. – FOTO MOHD. AMIR SYUKRY

Selepas berdepan tekanan pada pusingan pertama, Ayu kembali menguasai rentak pada pusingan kedua menerusi serangan bertali arus sehingga lawannya tidak dapat meneruskan perlawanan.

Ayu berkata, kemenangan itu amat bermakna kerana kejohanan berkenaan merupakan penampilan sulungnya dalam sukan muaythai.

“Saya tidak menjangka dapat mencatat kemenangan menerusi TKO ke atas lawan tadi,” katanya ketika ditemui Arena Suara Sarawak selepas perlawanan.

Ayu, yang turut mewakili skuad silambam Sarawak pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026, mengakui teruja dengan pencapaian itu selepas menjalani persiapan selama sebulan sahaja.

Kejohanan pada hari pertama itu turut menyaksikan kemenangan beberapa peserta lain, termasuk Adam Haiqal Indera dari Sting Muaythai Club, Firdsus Yakob (Red Viper Muaythai Club), Mohammad Hafiz Zahirrudin Satie (Rentap Muaythai), Abang Mohd. Yazid (Muaythai Kenyalang) dan Wong Chui Ling (Warmonger Training Academy).

BERITA LAIN

BERITA TERBARU