ARTIKEL

L. Thiyagaraj mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan mencederakan adik tirinya menggunakan sebilah pisau.

Kelindan lori mengaku tidak bersalah cederakan adik tiri guna pisau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TELUK INTAN, Perak: Seorang kelindan lori hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan adik tirinya menggunakan sebilah pisau pada Isnin lepas.

L. Thiyagaraj, 52, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret T. Ashvinii.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa sengaja menyebabkan kecederaan terhadap L. Dewi, 31, dengan menggunakan sebilah pisau pemotong sayur di sebuah rumah di Taman Muhibbah di sini, kira-kira pukul 8 malam pada 8 April lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan. 

Bagi Seksyen 326A Kanun Keseksaan pula, tertuduh berdepan hukuman penjara bagi tempoh dua kali ganda tempoh maksimum, jika sabit kesalahan. 
 
Pegawai Pendakwa, Inspektor Noor Aisyah Mat Isa, menawarkan jaminan RM5,000 dengan syarat tambahan iaitu tertuduh tidak boleh mengganggu mangsa memandangkan dia dan mangsa tinggal serumah.

Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Faustina Francis yang mewakili Thiyagaraj, merayu jaminan minimum dikenakan dengan alasan tertuduh sudah bercerai dan kini menanggung seorang anak.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu tertuduh tidak boleh berjumpa mangsa hingga kes selesai, serta menetapkan 9 Mei sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan dokumen dan lantikan peguam. – BERNAMA

BERITA LAIN

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA

Polis mohon bantuan cari kanak-kanak hilang

JOHOR BAHRU: Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang dilaporkan hilang sejak 20 Mei lepas. Ketua Polis Daerah

PDRM

Warga emas ditemui maut dalam longkang

IPOH: Seorang lelaki warga emas berusia 63 tahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh dalam longkang besar Sungai Pinji, Kampung Sungai Rapat, di sini semalam. Ketua

BERITA TERBARU

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA