Trending

KELONG WAK KASIM SESUAI UNTUK MEMANCING,SELAMAT UNTUK REKREASI

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

»MUNGKIN ramai yang belum tahu kewujudan Kelong Wak Asim terletak di Sungai Matang, berdekatan Telaga Air. Kelong Wak Asim merupakan salah satu kelong yang digunakan untuk tujuan memancing dan berekreasi sama ada bersamasama rakan mahupun bersamasama keluarga.

Untuk sampai ke kelong tersebut, pemancing perlu menggunakan bot dari Jeti Telaga Air dan memakan masa lapan hingga 10 minit. Pengangkutan menggunakan bot untuk ke kelong sudah termasuk sekali dengan sewa kelong tersebut. Mengenakan bayaran RM300 untuk tempoh 24 jam, pemancing boleh menggunakan peluang tersebut memancing serta bersantai.

Bagi yang datang bersamasama keluarga, boleh melakukan pelbagai aktiviti termasuk memancing dan memasak.

• Dari hlm.

1 Menurut pemilik kelong, Abdul Aziz Derim, Kelong Wak Asim beroperasi Mac 2022.

Dia bersama abang iparnya Hashim Haji Taha membina kelong tersebut bertujuan memberi peluang kepada orang ramai merasa sendiri memancing di Sungai Matang dan tidak perlu menggunakan bot serta sesuai bagi mereka yang baru belajar memancing.

Lebih 80 peratus struktur kelong tersebut menggunakan kayu belian agar ketahanannya terjamin dan selamat digunakan pemancing.

Kelong 50 kaki panjang dan 15 kaki lebar itu menelan belanja RM28,000 selesa untuk memancing dan dijadikan tempat rekreasi keluarga. Bekalan tenaga elektrik menggunakan solar yang menerangi kelong tersebut pada waktu malam, bilik tidur yang luas, tandas yang dibekalkan dengan air tawar menjadi aspek penting buat pemancing.

Bahkan, sebelum beroperasi dan disewa kepada pemancing, kelong tersebut diperiksa oleh pihak bomba mengesahkan keselamatannya, ujar Aziz.

KELENGKAPAN MEMASAK

Pemancing tidak perlu risau tentang makan dan minum, pihaknya turut menyediakan segala kelengkapan memasak seperti dapur, gas memasak, pinggan, sudu dan garpu, beras, minyak dan kelengkapan lain untuk penyewa.

Penyewa kelong hanya perlu membawa bahan mentah seperti ayam, daging, sayur dan sebagainya untuk dimasak. Penyewa digalak membawa kopi dan teh sendiri.

Hanya makanan halal dibenarkan dibawa ke kelong tersebut.

Jumlah maksimum orang yang boleh berada di kelong tersebut ialah 12 orang. Ini bertujuan memastikan aspek keselamatan pemancing terjaga dan selesa.

Pemancing perlu membayar deposit dahulu sekiranya berhasrat menyewa kelong tersebut, selewat-lewatnya dua atau tiga minggu sebelum tarikh memancing di kelong.

Menurut Wan Abdul Aziz Wan Dolit, beliau bersamasama 12 sahabat pemancing yang pertama kali menyewa kelong tersebut baru-baru ini, mendapati Kelong Wak Asim sesuai digunakan seisi keluarga berhibur serta memancing pada hujung minggu. Berlatarbelakangkan sungai yang luas, keindahan hutan bakau amat mendamaikan.

TENANG DAN DAMAI

Bagi Wan Zamzuri Wan Zin pula, amat sesuai memancing di kelong tersebut, selain bagus untuk keluarga berekreasi kerana suasananya tenang dan damai. Memancing di kelong, usahlah terlalu berharap, kerana ikan di kelong sukar diramal.

Perlu juga diambil kira faktor lain jika ingin mendapat hasil terbaik – seperti faktor umpan, cuaca dan deras air.

Sesiapa yang berminat merasai suasana memancing dan berekreasi di Kelong Wak Asim sila hubungi Abdul Aziz atau Hashim di talian 010 9815884 dan 011 33224205 untuk tempahan.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru