ARTIKEL

Keluarga begitu bermakna

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PENTING bagi setiap individu bergabung bersama membentuk sebuah keluarga.

Sebuah keluarga yang lengkap mempunyai ayah, ibu dan anak-anak.

Walaupun masih ada yang belum mendirikan rumah tangga, tetapi dia masih mempunyai keluarga besarnya untuk meraikan Hari Keluarga bersama.

15 Mei dipilih sebagai Hari Keluarga bermula 1994 di Amerika Syarikat.

Ia juga dikenali sebagai Tahun Keluarga Antarabangsa atau Hari Keluarga.

Hari Keluarga diadakan untuk menunjukkan kepentingan keluarga dalam kalangan masyarakat di seluruh dunia sejak 1995.

Tujuan sambutan Hari Keluarga ialah mengiktiraf kepentingan keluarga dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat di dunia berkaitan isu yang melibatkan keluarga kerana jika keluarga dapat saling bersama, maka kekuatan emosi ahli dalam kekal terjaga.

Peranan keluarga dalam kemenjadian seseorang tidak wajar dipandang kecil.

Ini kerana, keluarga memainkan peranan penting membentuk nilai, perilaku, hubungan dan pemahaman diri individu.

Meskipun pengaruh keluarga bukan satu-satunya faktor yang membentuk seseorang, tetapi ia landasan penting yang berpengaruh dalam perjalanan kehidupan seseorang.

Antara peranan penting keluarga dalam kemenjadian seseorang antaranya melibatkan pembentukan nilai dan moral.

Keluarga perlu memberi nilai murni, etika dan moral yang membentuk pandangan dunia seseorang kerana melalui pengajaran dan contoh serta interaksi setiap hati, individu lebih belajar perihal kejujuran, tanggungjawab, empati, kerja keras dan nilai lain yang membantu pembesaran mereka.

Suara Sarawak menemu bual beberapa individu bagi mendapat pandangan mereka berkaitan Hari Keluarga.

Bagi FAIZATUL ARDILA NOH, 24, keluarga memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah anak-anak.

“Ini kerana, individu yang mempunyai sahsiah dan integriti tinggi semestinya memberi impak positif kepada pembangunan sosial sekali gus menjadi teladan kepada generasi muda yang lain.

Faizatul berharap sambutan Hari Keluarga setanding sambutan Hari Ibu, Hari Bapa serta Hari Guru.

Sementara itu, bagi AMELIA SUKLEN, 24, dalam keluarga ibu bapa ialah golongan yang memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah dan menjadi teladan kepada anak-anak.

“Anak-anak lebih cenderung mencontohi tindakan ibu bapa mereka.

“Oleh itu, tingkah laku yang dipamerkan oleh anak-anak merupakan hasil didikan keluarga mereka.

“Didikan dalam sesebuah keluarga penting untuk membentuk personaliti anak dan mempengaruhi kemenjadian anak-anak terutama pada zaman yang semakin mencabar ini,” ujarnya.

“Jika ahli keluarga dapat berkumpul dan meraikan bersama-sama hari penting ini, sekali gus dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan di samping menghargai ibu bapa yang bertungkus-lumus membesarkan anak-anak dan mendidik mereka dengan baik,” tambahnya.

BERITA LAIN

Cegah sebelum terlambat

VIRUS yang menyebabkan AIDS iaitu HIV telah lama wujud. Kes pertama HIV di Sarawak dilaporkan pada 1999. Sejak itu, wabak itu menjejaskan hampir 4,000 rakyat

Rumah kampung mini

PENGGUNA TikTok @nazrulfaiz88 tular dengan isi kandungan menghasilkan seni replika mini seperti kawasan perkampungan atau rumah lama. Hasil tangannya sangat kemas dan cantik, sekali pandang

BERITA TERBARU

SU Enterprise juara edisi sulung

KOTA SAMARAHAN: Pasukan SU Enterprise FC berjaya merangkul gelaran juara Kejohanan Bola Sepak Veteran 2024 anjuran Unit Saberkas Kampung Tanjung Bundong, Kota Samarahan. Skuad yang

Tingkatkan kesedaran bayar balik pinjaman

MUKAH: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) mendedahkan sebanyak RM477,189 jumlah tunggakan bayaran balik Skim Pinjaman Rumah Panjang direkodkan di Bahagian Mukah sehingga Julai 2024. Pengerusinya Abdul

Anak beranak maut kemalangan rempuh lampu jalan

KUANTAN: Seorang bapa dan anak lelakinya maut apabila motosikal mereka terbabas dan melanggar lampu jalan di KM18 Jalan Jerantut-Temerloh berhampiran simpang Bukit Ketupat, malam tadi.