ARTIKEL

Foto: FB Ridzuan Dolah

Keluarga tular bawa bayi naik motosikal ke hospital, dapat perhatian Anwar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Gambar sebuah keluarga yang tular dalam media sosial dan memaparkan si ibu menggendong bayi berusia 11 bulan, yang mengalami masalah paru-paru serta bergantung kepada alat bantuan pernafasan sambil menaiki motosikal ditunggang bapa bayi itu ke hospital, mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi, memohon orang ramai menyalurkan maklumat mengenai keluarga itu menerusi ruangan komen Facebook miliknya agar pihak beliau dapat menghubungi keluarga berkenaan.

“Hal ini telah mendapat perhatian YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan insya-Allah, pihak kami akan membantu keluarga ini untuk menambah baik kehidupan seharian mereka,” katanya dalam catatan Facebook beliau, Farhan Fauzi, hari ini.

Mohd Azlan Ishak, 36, dan isterinya, Norhidayu Halim, 35, dari Taman Kota Nelayan, Kuala Kedah, tidak mampu membayar tambang teksi kerana sumber pendapatan terhad sebagai pembantu di pelantar ikan yang dibayar gaji harian sebanyak RM50 sehari.

Keadaan itu menyebabkan mereka perlu berulang-alik ke hospital menaiki motosikal untuk mengambil ubat.

Bayi lelaki itu terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan hampir setiap masa akibat menghidap masalah paru-paru kronik. — BERNAMA

BERITA LAIN

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU