ARTIKEL

Voon Lee Shan

Keluarkan notis bertulis jika panggil individu ke balai polis

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Polis perlu mengeluarkan notis di bawah Seksyen 111 Kanun Tatacara Jenayah (CPC) sekiranya seseorang individu itu dipanggil hadir ke balai polis untuk siasatan, bukan hanya melalui panggilan telefon.

Perkara itu ditegaskan oleh Presiden Parti Bumi Kenyalang (PBK) Voon Lee Shan, susulan beliau menerima beberapa aduan berhubung pegawai polis yang memerlukan orang ramai hadir ke balai polis dengan cara membuat panggilan telefon.

“Undang-undang adalah jelas bahawa apabila polis mahu anda datang ke balai polis, anda perlu dimaklumkan secara bertulis sebab-sebab mengapa anda perlu berjumpa dengan mereka atau hadir ke balai.

“Tiada kewajipan undang-undang untuk berjumpa mereka sehingga surat yang dibuat di bawah Seksyen 111 CPC disampaikan kepada anda,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai Seksyen 111, beliau berkata pihak polis mempunyai kuasa untuk memanggil individu bagi tujuan siasatan, namun ia mestilah disampaikan secara bertulis untuk membezakan mereka dengan penipuan.

“Seseorang pegawai polis yang membuat penyiasatan boleh melalui perintah secara bertulis menghendaki kehadiran sebelum dirinya iaitu mana-mana individu pemberi maklumat atau individu yang disyaki terlibat dalam suatu kes, dan orang itu hendaklah hadir sebagaimana diperlukan.

Baca lain  Padah amuk bapa, lelaki didenda

“Jika mana-mana daripada mereka enggan hadir sebagaimana yang dikehendaki, pegawai polis boleh melaporkan kepada Majistret yang kemudiannya boleh mengeluarkan waran untuk memastikan kehadiran orang tersebut sebagaimana yang telah diperintahkan,” jelasnya.

Pada masa sama, beliau menasihati orang ramai untuk sentiasa bertanya mengenai sebab-sebab panggilan dibuat kepada mereka.

“Apabila polis memanggil anda ke balai polis untuk berjumpa mereka, sentiasa tanya sebab mengapa anda perlu hadir di hadapan mereka, kerana anda mempunyai hak untuk mengetahui terlebih dahulu.

“Ramai yang pergi ke balai polis apabila menerima panggilan telefon daripada polis, tetapi apabila anda hadir di hadapan mereka, ia tidak menyalahi undang-undang untuk segera meletakkan anda di bawah tahanan sebaik sahaja anda muncul di balai,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh