NGENJEN DI SEMANDIN animasi bahasa Sarawak pertama di Malaysia

Trending

Kelulusan permit rentas zon hanya untuk perkhidmatan penting sahaja

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: PDRM hanya meluluskan permit rentas zon untuk mereka yang terlibat perkhidmatan perlu dan penting sahaja berkuat kuasa 19 April ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, pergerakan antara zon dilihat penyumbang kepada penyebaran kes positif Covid-19 dengan 505 kes dan lapan kluster direkodkan sejak Januari 2021 sehingga kini.

“Ia disebabkan oleh pergerakan antara zon (Import C).

“Justeru, PDRM telah diarahkan untuk mengeluarkan permit polis kepada mereka yang tersenarai dalam kategori perkhidmatan penting (essential services) yang dibenarkan sahaja,” katanya.Beliau berkata demikian ketika pada sidang media harian pandemik Covid-19 di sini semalam.

Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menambah, antara perkhidmatan penting yang dibenarkan merentas zon ialah pengangkutan awam, pemandu menghantar barang makanan dan keperluan harian serta kecemasan.

Dalam pada itu, JPBN memutuskan masa operasi bagi premis perniagaan.“Hanya premis perniagaan yang menjalankan perniagaan runcit dan keperluan makanan sahaja dibenarkan beroperasi sehingga jam 12:00 tengah malam.

Baca lain  K’jaan akan selaras sesi kaunseling agar mudah diakses - Fatimah

“Manakala pusat hiburan yang beroperasi seperti bistro dan kafe (termasuk pusat karaoke) hanya dibenarkan beroperasi sehingga jam 10:00 malam sahaja,” tegasnya.

Sehubungan itu, menurutnya, Daerah Bau, Belaga dan Selangau telah bertukar status daripada kuning kepada jingga setelah merekodkan lebih daripada 20 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari lalu.

“Ini menjadikan jumlah daerah berstatus jingga meningkat kepada lapan daerah dan daerah bersatus kuning menurun kepada 13 daerah.

“Sementara itu, 15 daerah kekal merah dan empat daerah kekal hijau,” ujarnya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

10 JUN 2023

Berita Terbaru