Resepi DEBM menyakiti hati dari menantu yang tersakiti

Kelvin Yii dicabar oleh calon GPS dan PBK

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
PERTANDINGAN BERMULA... Ketiga-tiga calon bergambar selepas pengumaman rasmi daripada pegawai pengurus SPR di PPC Dewan Masyarakat Jalan Padungan, tadi.

KUCHING: Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bagi Parlimen Bandar Kuching menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Bumi Kenyalang (PBK).

Penyandang Parlimen Bandar Kuching Kelvin Yii Lee Wuen (DAP) akan ditentang oleh calon muda GPS, Tay Tze Kok dan Voon Lee Shan daripada PBK yang bertanding menggunakan logo Parti Sarawak Bersatu (PSB).

Lee Shan merupakan calon terawal yang datang ke Pusat Penamaan Calon (PPC) sekitar jam 8.38 pagi sambil diiringi oleh pencadangnya, Lee Li Sia dan penyokong Lim Sing Yee.

BERTANDING… Calon Pilihan Raya Ke-15 (PRU-15) bagi Parlimen Bandar Kuching Tay Tze Kok (kiri), Kelvin Yii Lee Wuen (tengah) dan Voon Lee Shan (kanan).

Sementara itu, Kelvin Yii tiba di pusat penamaan calon pada jam 8.50 pagi ditemani oleh pencadangnya, Violet Yong dan penyokong Choo Chiew Jun.

Manakala calon muka baharu GPS, Tay Tze Kok tiba di pusat penamaan calon pada jam 9.08 pagi ditemani pencadangnya, Bong Lian Huan dan penyokong Lucas Yong Kuet Chung.

Kertas penamaan ketiga-tiga calon diterima oleh Pegawai Pengurus Bahagian SPR Bandar Kuching, Zainab Marzali di PPC Dewan Masyarakat Jalan Padungan yang seterusnya membuat pengumuman rasmi pada jam 11.51 pagi tadi.

PERTANDINGAN BERMULA… Ketiga-tiga calon bergambar selepas pengumaman rasmi daripada pegawai pengurus SPR di PPC Dewan Masyarakat Jalan Padungan, tadi.

Sekitar 150 orang penyokong GPS, DAP dan PBK berbalas sorakan di luar dewan dengan melaungkan kata-kata semangat kepada calon masing-masing.

Mereka memakai baju parti sambil memegang sepanduk dan mengibarkan bendera parti.

Bandar Kuching merupakan antara kerusi panas yang ingin dirampas oleh GPS pada PRU-15 kali ini.

Pada PRU-14, Parlimen Bandar Kuching dimiliki oleh Kelvin Yii dengan majoriti 35,973 undi mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Kho Teck Wan yang hanya mendapat 12,575 undi.

Parlimen Bandar Kuching kini mempunyai 109,710 pengundi berdaftar pada PRU kali ini.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

24 Mac 2023

Berita Terbaru

Bali rai Hari Nyepi

BALI: Pulau peranginan terkenal Indonesia, Bali kelihatan sunyi kerana penduduk