Trending

Kelvin Yip Si penggaya rambut

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

Rambut merupakan mahkota bagi lelaki dan wanita kerana melalui gaya rambut, kekemasan dan personaliti seseorang itu mudah ditonjolkan.

Kelvin Yip Wei Chiong, 26, berkata, tukang gunting rambut atau penggaya rambut mementingkan kekemasan dalam setiap hasil kerja. 

Malah, sebagai usahawan baharu, dia menyediakan perkhidmatan pada harga marhaen daripada mengikut harga pasaran lain.

Antara perkhidmatan Kelvin dan isterinya Doris Chuah Xian Ying, 26, sediakan ialah menggunting rambut lelaki, wanita dan muslimah, melurus rambut, rawatan rambut, mewarna rambut, keritingkan rambut serta perkhidmatan khas bagi sesiapa yang ingin menggayakan rambut untuk ke sesuatu majlis.

Walaupun perkhidmatan yang ditawarkan setanding salun rambut mahal yang lain, Kelvin menawarkan harga patut kepada pelajar kerana kedai mereka terletak di kawasan ramai pelajar.

Berbekalkan minat, Kelvin membuat perancangan jangka panjang mewujudkan keinginannya membuka cawangan penggayaan rambut.

Pernah menyambung pelajaran menjadi pramugara, Kelvin tidak melepasi had ketinggian untuk menjadi pramugara. 

Justeru, dia membuat perancangan semula dan bekerja di Filipina untuk menyimpan duit supaya dapat membayar kos pelajaran penggayaan rambut.

Semasa belajar di Akademi Global Story di Pulau Pinang, Kelvin menghabiskan masa setahun untuk menimba ilmu secukupnya dan mencuri ilmu cara membuka cawangan sendiri ketika bekerja di salon tempatan.

BUKA CAWANGAN

Setelah setahun habis pelajaran, Kelvin berkahwin dengan suri hatinya Doris kemudian membuka cawangan sendiri di Desa Ilmu, Kota Samarahan dengan jenama YeahYeah Hairstudio.

Sewaktu kecil, dia sering mengalami kesukaran menjelaskan kepada tukang gunting rambut tentang gaya rambut yang diinginkan dan sering tidak berpuas hati dengan hasil mereka.

Kelvin menyatakan dia sedar selepas habis belajar, seseorang itu bukan semata-mata inginkan rambut pendek semasa meminta untuk dipotongkan rambut, tetapi mereka inginkan bentuk rambut cantik dan menampakkan kekemasan terhadap diri mereka.

Kebanyakan pelanggan tidak tahu tentang gaya rambut mereka yang sesuai dan hanya menginginkan gaya rambut terkini, tetapi sebagai penggaya rambut, itu menjadi salah satu tanggungjawab Kelvin dan Doris untuk menjelaskan kepada pelanggan tentang kesesuaian sesuatu gaya dengan diri pelanggan mereka.

JENIS RAMBUT

Ujarnya, setiap jenis rambut berbeza seperti rambut lurus, rambut keriting dan afro. 

Setiap rambut mempunyai gaya tersendiri mengikut jenis, tetapi dengan cara tertentu, rambut jenis keriting boleh dibuat mengikut gaya rambut lurus.

Di samping itu, kelvin berkata ramai yang tidak sedar akan kepentingan penjagaan rambut dan majoritinya tidak mengetahui cara penjagaan rambut dan membuat dirinya harus berkongsi ilmu berkenaan tip penjagaan rambut serta menggayakan rambut kepada pelanggannya.

Kelvin berkata kemahiran merupakan sesuatu yang kekal releven dalam masa yang panjang kerana sukar digantikan dengan Kecerdasan Buatan (AI).

Oleh itu, bagi mereka yang mempunyai minat, dia menyarankan agar mereka tidak membuang masa dan terus mengejar minat mereka dari segi kebolehan.

Dirinya sendiri selepas habis sekolah menengah terus bekerja di pasar raya dan pada masa yang sama dia membuat perancangan menyimpan duit untuk mendapatkan ilmu kerana dirinya yang berasal dari keluarga sederhana.

Sehingga kini, Kelvin sentiasa menambah ilmunya dalam bidang kecantikan rambut melalui kelas dalam talian dan sentiasa mengikuti perkembangan trend yang sentiasa berubah-ubah mengikut peredaran masa.

Kelvin memberi pesanan kepada anak-anak muda supaya mengejar minat mereka sendiri.

Katanya, jika belajar sesuatu yang tidak diminati, ia hanya membuang masa muda kerana biasanya seseorang tidak bersungguh belajar sesuatu yang dia tidak minat.

Perancangan sebetulnya harus dibuat awal.

Jika ingin maju dalam kehidupan, belajarlah lebih dalam dan jangan mudah leka di zon selesa tetapi harus berfikir untuk jangka masa panjang.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Lenggok zapin Melayu

ZAPIN berasal dari tradisi Tarian Zafana Orang Arab dari Hadramaut,

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru