ARTIKEL

Kem Boccia Para Sarawak raih kemenangan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pasukan Boccia Para Sarawak berjaya meraih lima pingat keseluruhan pada Pertandingan Boccia Sirkit I Kebangsaan 2023 yang berakhir di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kampung Pandan semalam.

Daripada lima pingat berkenaan, satu emas disumbang oleh Willyien Cliff Honseng (BC1 Lelaki) manakala tiga perak masing-masing dimenangi oleh Nur Aishah, (BC1 Perempuan), Jervis Chi Hong Zhe (BC3 Lelaki) dan Sheirviana Mathew (BC3 Perempuan).

Selain itu, Muhd Nur Sharizan (BC1 Lelaki) yang turut berjaya mencatat nama selaku penyumban pingat gangsa.

Menurut Pengurus Pasukan, Chi Poh Yung, beliau gembira dengan kejayaan serta kecemerlangan dipamer atlet terlibat dalam kejohanan yang berlangsung dari 21 hingga 26 Julai itu.

Katanya, kesemua atlet terbabit telah memberi aksi terbaik dalam kategori masing-masing.

“Syabas dan tahniah kepada barisan atlet yang berjaya memperoleh pingat dalam kategori masing-masing,” ujar beliau.

BERITA LAIN

PMNS komited perkasa pembangunan sukan Muaythai

BINTULU: Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS) komited memperkasa pembangunan sukan Muaythai di negeri ini. Usaha ke arah itu tampak jelas apabila badan induk berkenaan menganjurkan

Misi Kuching City FC cari kemenangan pertama

KUCHING: Pengurus Kuching City FC, Irwanshah Mohamad menegaskan, tiga mata tetap menjadi buruan pasukannya pada perlawanan menentang Sabah FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam

BERITA TERBARU