ARTIKEL

Kredit: BERNAMA

Kem memanah para negara berkampung lebih dua minggu di Sydney

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Skuad memanah para kebangsaan bakal berkampung selama 16 hari di Australia bermula 24 Mac hingga 8 April ini bagi menjalani kem latihan serta menguji panahan pada kejohanan Grand Prix (GP) Para Oceania 2024 di Sydney.

Ketua jurulatih skuad memanah para negara Marzuki Zakaria berkata pihaknya menerima jemputan oleh Persatuan Memanah Kebangsaan Australia untuk menyertai kem latihan bersama atlet mereka diikuti kejohanan yang dijadual berlangsung dari 1 – 8 April ini.

“Kem latihan bersama pemanah Australia merupakan peluang bagi tiga atlet kita yang sudah mengesahkan tempat ke Sukan Paralimpik 2024 di Paris untuk menimba pengalaman serta medan persediaan mereka sebelum temasya sukan itu nanti.

“Selain itu, kejohanan GP Para Oceania 2024 juga dilihat ideal buat ketiga-tiga mereka untuk menyaingi kehebatan pemanah dari sembilan lagi negara antaranya tuan rumah, Indonesia dan Korea Selatan menjelang aksi di Paris,” katanya kepada Bernama.

Tiga pemanah yang telah melayakkan diri ke Paris 2024 ialah bekas juara dunia 2019 S. Suresh (recurve lelaki), atlet wanita terbaik temasya Para Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 Nur Jannaton Abd Jalil (compound wanita) dan G. Daneshen (compound lelaki).

Suresh bakal melakukan penampilan kedua selepas Tokyo 2020, manakala Paris 2024 merupakan kemunculan pertama buat Nur Jannaton dan Daneshen di pentas temasya sukan berprestij itu.

Selain Australia, Marzuki berkata pihaknya juga merancang untuk menjalani latihan bersama pemanah Indonesia di pusat latihan mereka iaitu Solo sebelum ke Paris kelak.

Sementara itu, beliau berharap agar ketiga-tiga atlet berkenaan dapat menggunakan masa yang ada untuk menguatkan mental mereka agar dapat memberi tentangan sengit kepada pemanah hebat lain di Sukan Paralimpik 2024.

Dalam pada itu, Marzuki mengakui rezeki ternyata tidak memihak bekas Paralimpian negara Wiro Julin yang terlepas slot ke Paris 2024 pada Kejohanan Ranking Dunia Memanah Para Fazza kelapan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini.

Wiro yang pernah beraksi di Tokyo 2020, tewas tipis kepada Bulent Korkmaz dari Turkiye 141-142 pada pusingan penyingkiran 1/16 dalam kejohanan terakhir kelayakan ke Sukan Paralimpik kali ini.

“Walaupun tidak berjaya ke Paris, Wiro tetap mempamerkan panahan baik,” katanya.

Sukan Paralimpik 2024 dijadual berlangsung dari 28 Ogos hingga 8 Sept ini. — BERNAMA

BERITA LAIN

England ke final Euro 2024

Skuad England mara ke final Euro 2024 setelah mengalahkan Belanda 2-1 pada aksi separuh akhir awal pagi tadi. Mereka akan menentang Sepanyol pada aksi final

BERITA TERBARU

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP