ARTIKEL

Pasukan wanita Malaysia A berjaya memenangi pingat emas pada Kejohanan Tenpin Boling Remaja Asia ke-23 di Sunway Pyramid.

Kem wanita sumbang dua emas tenpin boling remaja Asia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PETALING JAYA: Kem wanita nyata berada dalam kelas tersendiri apabila menamatkan penantian Malaysia dengan menghadirkan dua pingat emas menerusi acara All Events dan berpasukan wanita pada hari ketiga Kejohanan Tenpin Boling Remaja Asia ke-23 di Sunway Mega Lanes, Bandar Sunway pada Khamis. 

Dalam acara All Events wanita, Afiqah Kamilia Ali menyerlah bagi keempat-empat kategori iaitu singles (1,264), doubles (1,210), Team1 (589) dan Team2 (631) dengan mencatatkan 3,694 jatuhan pin secara keseluruhan. 


Atlet berusia 18 tahun itu turut membantu pasukan Malaysia A yang diwakili Intan Nor Edryana Nor Azliman, Nur Ainul Hayat Ad Nor dan Adelia Nur Irwan Syazalee untuk menjuarai acara berpasukan wanita dengan 4,720 jatuhan pin. 


Afiqah Kamilia yang membuat penampilan kedua dalam kejohanan berkenaan berkata beliau tidak menyangka mampu mengatasi pencabar daripada negara lain untuk memastikan lagu Negaraku akhirnya dapat berkumandang di hadapan peminat boling tanah air. 


“Saya tidak sangka dapat podium hari ini (namun) Alhamdullilah dapat dua emas. Saya berterima kasih kepada ibu bapa (serta rakan sepasukan) yang sentiasa memberi sokongan. 


“Untuk acara masters selepas ini, saya tidak mahu memberi tekanan, namun pastinya akan memberi yang terbaik,” katanya ketika ditemui pada Khamis. 


Sementara itu, seorang lagi atlet muda negara, Intan Nor Edryana tidak kurang hebatnya apabila menjatuhkan 3,680 pin untuk membawa pulang pingat perak bagi acara All Events wanita. 


Selain itu, Malaysia B yang diwakili Amin Zulkarnain Zulkifli, Eldred Kho Yek Zhen, Muhammad Aiman Syahin dan Muhammad Aqil Faizal mendapat pingat perak acara berpasukan lelaki setelah merekodkan 4,917 jatuhan pin. 


Malaysia sebelum ini hanya menuai dua pingat gangsa menerusi Ethan Damian Goh (individu lelaki) dan Qurratu’ain Izdihar Mohd Pozi (individu wanita) pada hari pertama kejohanan iaitu Selasa (18 Jun). 


Kejohanan Tenpin Boling Remaja Asia ke-23 berlangsung dari 16 hingga 23 Jun disertai 14 pasukan antaranya Malaysia, Australia, Singapura, China, Indonesia, Kuwait, Qatar, Arab Saudi, Macau dan Pakistan.  – Bernama

BERITA LAIN

SUKMA: Sarawak sasar 70 pingat emas – Abdul Karim

KUCHING: Sarawak menyasarkan kutipan sekurang-kurangnya 70 pingat emas dalam misi memburu gelaran juara kali keempat pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 yang dijadual berlangsung dari

Larian Hari Sarawak di Binatngor

BINTANGOR: Orang ramai dipelawa menyertai Larian Hari Sarawak sempena sambutan Sarawak Merdeka Peringkat Daerah Bintangor, pada 22 Julai ini. Acara itu dijangka kehadiran lebih 800

Persiapan SUKMA 2024 capai lebih 90 peratus

KUCHING: Persiapan bagi penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang akan berlangsung di Sarawak pada Ogos ini sudah mencapai lebih 90 peratus. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya