ARTIKEL

Kemajuan kewangan Islam Malaysia menjayakan peralihan kewangan hijau – Gabenor BNM

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Kemajuan Malaysia dalam kewangan Islam merupakan batu loncatan penting untuk mengembangkan peralihan dan kewangan hijau, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Abdul Rasheed Ghaffour.


Beliau berkata, menerusi ekosistem kewangan Islam yang matang, pemain dinamik dan berdaya tahan, produk pelbagai dan infrastruktur pemboleh komprehensif, Malaysia bersedia untuk memainkan peranan penting dalam menangani keperluan pembiayaan berkaitan cabaran iklim.


“Melalui Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), Pelan Hala Tuju Ekonomi dan Teknologi Hidrogen (HETR), dan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP), Malaysia sedang mengambil langkah konkrit yang akan membolehkan kita memajukan amalan mampan merentas ekonomi.


“Ini selaras dengan peralihan iklim yang adil dan teratur,” katanya.

LAIN-LAIN BERITA

Lelaki tembak mati 12 ahli keluarga di Iran

Seorang lelaki menembak mati 12 ahli keluarganya termasuk bapa, abang dan beberapa kanak-kanak di sebuah bandar kecil di tenggara Iran pada Sabtu, lapor Agensi Berita

BERITA TERBARU