ARTIKEL

JAMES CHIN

Kemakmuran, kemajuan Sarawak hari ini kesan jejak politik Tun Taib

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Kemakmuran dan kemajuan Sarawak yang dikecapi hari ini adalah kesan jejak politik kukuh Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud.

Penganalisis Politik dari Institut Asia Universiti Tasmania Profesor James Chin berkata, semua yang dilihat di Sarawak hari ini impak kepimpinan beliau.

“Saya fikir ramai lupa bahawa jika digabungkan perkhidmatan Taib sebagai Yang di-Pertua Negeri dan Ketua Menteri, beliau telah berkuasa selama lebih 40 hingga 43 tahun … dan Sarawak merdeka dalam Malaysia selama kira-kira 61 tahun.

“Bermakna, dua pertiga hayatnya ditumpahkan kepada tanah air tercinta menggambarkan Taib bertanggungjawab secara politik.

“Justeru, kita tidak boleh bercakap tentang Sarawak hari ini tanpa melihat jejak politik Taib yang ada di mana-mana,” katanya di sini, hari ini.

Jelasnya, warisan politiknya sangat kukuh dan kuat.

“Taib telah mewujudkan persekitaran yang mana autonomi politik peringkat tertinggi Sarawak, daripada Kerajaan Persekutuan berbanding dengan negeri lain di Malaysia,” ujarnya.

Sementara, Taib menghembuskan nafas terakhirnya di ibu negara awal pagi tadi.

BERITA LAIN

Mangsa tanah runtuh terima bantuan

REPOK: Mangsa-mangsa tanah runtuh di Rumah Jupong dan Rumah Augustine di sini menerima bantuan dan sumbangan khas daripada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,

Kunjungan rumah terbuka tradisi masyarakat Sarawak

MARUDI: Kunjungan rumah terbuka merupakan tradisi masyarakat tanpa mengira kaum di Sarawak. Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr Penguang Manggil, berkata,

BERITA TERBARU

PBB China sokongg Palestin anggotai PBB

BEIJING: China menyokong Palestin menjadi anggota baharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan menyokong Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengambil tindakan berkenaan dengan secepat mungkin. Ini dinyatakan

Lelaki parah dipijak gajah di Gerik

IPOH: Seorang lelaki cedera parah akibat dipijak gajah di Tugu Peringatan Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli dekat Gerik, malam tadi. Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar

Mangsa tanah runtuh terima bantuan

REPOK: Mangsa-mangsa tanah runtuh di Rumah Jupong dan Rumah Augustine di sini menerima bantuan dan sumbangan khas daripada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,