ARTIKEL

TERSEPIT… Pasukan bomba mengeluarkan pemandu van.

Kemalangan kendiri, pemandu van persiaran cedera di Petra Jaya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pemandu van persiaran cedera selepas terlibat dalam kemalangan kendiri di jalan raya berhampiran Kolej Abdillah, Petra Jaya di Kuching, pagi tadi.

Komander Operasi, PBK II Mohamad Nizam Bujang berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 10 pagi.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya dikerah ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohamad, kemalangan melibatkan van persiaran yang terbabas ke bahu jalan.

Katanya, lelaki berusia 48 tahun, pemandu bas berkenaan masih tersepit di bahagian tempat duduk pemandu.

“Pasukan bertindak membuat ‘size up’ untuk mengeluarkan mangsa daripada kenderaan tersebut dengan membuka pintu bahagian tempat duduk penumpang hadapan.

“Lelaki terbabit mengalami cedera ringan dan mengadu sakit di bahagian bahu.

“Dia kemudian diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut,” ujarnya.

BERITA LAIN

Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan STEM

KUCHING: Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) pada usia muda. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri

BERITA TERBARU

Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan STEM

KUCHING: Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) pada usia muda. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri