Kemalangan maut di Kota Samarahan

KOTA SAMARAHAN: Seorang lelaki berusia 24 tahun meninggal dunia dalam kejadian kemalangan di sini, awal pagi tadi.

Mangsa merupakan pemandu kereta Myvi yang terbabas ke dalam parit sebelah jalan selepas pertembungan berlaku di antara kereta mangsa bersama sebuah kenderaan jenis pikap.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintendent Alexson Naga Chabu berkata mangsa dikenali sebagai Chong Poh Pin dan beralamat di No 17 Kampung Mangka, Kota Samarahan.

Menurutnya, insiden dilaporkan berlaku sekitar jam 5.15 pagi oleh saksi awam ketika kereta Myvi dipandu mangsa bergerak dari arah Kota Samarahan menuju ke Kampung Pinang.

“Myvi tersebut difahamkan hilang kawalan ketika melalui selekoh lalu terbabas ke laluan bertentangan menyebabkan kereta itu bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda, Toyota Hilux,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

PARIT…Kereta Myvi mangsa tersadai di dalam parit selepas bertembung dengan Hilux

Suara Sarawak