ARTIKEL

Kemalangan maut libatkan warga emas di Jalan Saratok-Roban

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARATOK: Seorang lelaki warga emas maut apabila kereta yang dipandunya terbabit dalam kemalangan dengan pacuan empat roda Toyota Hilux di Jalan Saratok-Roban, pagi tadi.

Insiden kira-kira jam 7.00 pagi itu, menyebabkan Mathew Solis George Tangkun, 72, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah yang dialaminya.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak (PGOB) memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.30 pagi sebelum mengarahkan sepasukan anggota ke lokasi untuk menghulurkan bantuan.

“Sebaik tiba di lokasi, bomba mendapati mangsa terbaring di luar kenderaan tersebut dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadiaan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), manakala pemandu dan penumpang kenderaan Toyota Hilux masing-masing berusia 38 dan 22 tahun tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebagai tindakan susulan, pasukan bomba bertindak mengalih mangsa menggunakan Scoop Stretcher dan diserah kepada pihak PDRM Saratok untuk tindakan selanjutnya.

“Kerja-kerja pembersihan serpihan kemalangan dilakukan menggunakan semburan air salur bantu mula air daripada tangki jentera.

“Setelah mendapati keadaan terkawal dan selamat, anggota bertolak balik ke balai,” ujarnya.

BERITA LAIN

Empat maut dalam insiden tanah runtuh di Antipolo

MANILA: Kejadian tanah runtuh di bandar Antipolo, timur Manila meragut empat nyawa setakat ini, menurut jurucakap Pejabat Pengurusan Pengurangan Risiko Bencana Bandar Antipolo, Relly Bernardo

BERITA TERBARU