ARTIKEL

Peguam bela Ralph Lee Zhen Jie.

Kemalangan ngeri di Jalan Stutong Baru: Penguatkuasaan lebih tegas diperlukan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kemalangan ngeri yang tular melibatkan pemandu bawah umur di Jalan Stutong Baru, Januari lalu bukan sekadar soal pelanggaran undang-undang, malah kegagalan sosial dan tanggungjawab keluarga.

Peguam bela Ralph Lee Zhen Jie berkata, masyarakat perlu bersama-sama menuntut penguatkuasaan lebih tegas, pendidikan undang-undang kepada remaja dan ibu bapa serta reformasi tanggungjawab sivil pemilik kenderaan.

“Had umur untuk mendapatkan lesen memandu bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 adalah wajar secara teori, dengan syarat pemantauan dan latihan yang mencukupi.

“Namun, kemalangan ini membuktikan bahawa undang-undang sedia ada sering dilanggar tanpa penguatkuasaan tegas, terutamanya oleh ibu bapa sendiri.

“Maka isunya bukan soal had umur semata-mata, tetapi merujuk kepada penguatkuasaan dan tanggungjawab sosial ibu bapa dalam memantau anak-anak,” katanya ketika dihubungi Suara Sarawak, semalam.

Ujarnya, kajian psikologi menunjukkan bahawa bahagian otak yang mengawal pertimbangan dan membuat keputusan (prefrontal cortex) belum matang sepenuhnya hingga umur 21 tahun.

Justeru, remaja hanya boleh dianggap layak memandu secara selamat apabila melalui proses pembelajaran rasmi, latihan praktikal dan diuji oleh pihak berkuasa.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU