Kemampuan ibu bapa untuk beli kerusi keselamatan bayi perlu diambil kira

KUCHING: Penggunaan kerusi kereta bayi merupakan suatu keutamaan bagi menjamin keselamatan bayi apabila di berada di dalam kereta.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, kemampuan setiap ibu bapa untuk membeli kerusi kereta bayi perlu diambil kira.

“Ia agak mahal dan bukan semua ibu bapa mampu menyediakan kerusi kereta untuk anak-anak,” katanya selepas melawat tapak baharu Taska Qaseh Laila di Jalan Bampfylde di sini, semalam.

Katanya, seunit kerusi kereta bayi ini dianggarkan berharga RM300 hingga RM500. Fatimah menjelaskan, selain itu kesedaran keselamatan kanak-kanak bukan terletak kepada pihak berkuasa semata-mata tetapi memerlukan kerjasama ibu bapa.

Tambah beliau, dua tahun lalu terdapat kempen penggunaan kerusi keselamatan bayi tetapi ibu bapa di negara ini dilihat suka memangku anak di atas riba.

“Di New Zealand, selepas bersalin syarat utama ibu dapat pulang ke rumah bersamasama bayi ialah perlu menggunakan kerusi keselamatan bayi,” ujarnya.

Tidak semua ibu bapa mampu Hadir sama Pegawai Daerah Lundu, Gustian Durani, Setiausaha Majlis Daerah Lundu, Norashikin Brahim, Penghulu Rabiel Bujang Ili dan Ketua Pergerakan Wanita PBB Tanjong Datu KR Fatimah Abdullah.

“Di New Zealand, selepas bersalin syarat utama ibu dapat pulang ke rumah bersama-sama bayi ialah perlu menggunakan kerusi keselamatan bayi,” ujarnya.

Suara Sarawak