Keman Kaul promosi tradisi Melanau

BALINGIAN: Majlis Keman Kaul Kampung Teh dengan tema “Jaamieng, Jebuleang, Jenaseang” disambut meriah penduduk di Kampung Teh di sini.

Adun Balingian Abdul Yakub Arbi berkata, program itu turut dihadiri pengunjung luar yang tertarik dengan upacara itu.

“Upacara ini wajar diadakan secara tahunan untuk mengekalkan tradisi Melanau.

Pada masa sama, pengunjung akan lebih mengenali budaya kita.

“Majlis ini adalah model kerjasama kita. Pastikan upacara ini tidak luput ditelan zaman,” katanya merasmikan Majlis Keman Kaul Kampung Teh di sini.

Turut hadir Pengerusi Pengelola selaku Pengerusi JKKK Kampung Teh Rossi Ulom Kaul akan diadakan di Kampung Tabo pada 8 Mac ini di Jeti Kampung Tabo Ahad depan.

Suara Sarawak