ARTIKEL

Huang Tiong Sii (duduk enam kiri) bergambar bersama KMKK di Sarikei, Residen Bahagian Sarikei, Michael Ronnie Langgong, Timbalan Residen, Badjuri Bidin dan Pemangku Pegawai Daerah Sarkei, Ainur Yazmin Zaini.

Kemantapan struktur KMKK kunci kejayaan agenda pembangunan kerajaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Ahli Parlimen Sarikei, Datuk Seri Huang Tiong Sii berkata, kemantapan struktur kepimpinan pada peringkat akar umbi merupakan asas penting dalam memastikan agenda pembangunan kerajaan berjalan sempurna.

Beliau berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada ‘kunci’ utama yang dapat membantu kelicinan setiap perancangan program kerajaan.

Ujarnya, hubungan erat antara Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) dan agensi kerajaan juga amat penting untuk membantu kerajaan membangunkan taraf sosial dan ekonomi masyarakat.

“KMKK berperanan penting sebagai mata dan telinga kerajaan untuk memastikan isu di peringkat akar umbi diselesaikan dengan baik,” katanya ketika menghadiri Majlis Penyerahan Surat Lantikan KMKK di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau berharap KMKK berkhidmat dengan dedikasi dan ikhlas bagi memastikan pembangunan dicapai seluruh kawasan, termasuk di luar bandar.

Seramai 30 orang KMKK di kawasan DUN Repok yang dilantik semula menerima sijil masing-masing pada majlis itu.

“Sebagai wakil rakyat, saya sememangnya memberikan sokongan kepada mana-mana program di kawasan Sarikei dan Repok selagi aktiviti yang dilaksanakan bermanfaat untuk masyarakat,” katanya.

Hadir sama, Residen Bahagian Sarikei, Michael Ronnie Langgong, Timbalan Residen, Badjuri Bidin, dan Pemangku Pegawai Daerah Sarikei, Ainur Yazmin Zaini.

BERITA LAIN

Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan STEM

KUCHING: Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) pada usia muda. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri

BERITA TERBARU

Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan STEM

KUCHING: Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) pada usia muda. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri