ARTIKEL

Kemarau berlarutan sehingga Ogos, bekalan air Sarawak dijangka terjejas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Beberapa kawasan di seluruh Sarawak mungkin mengalami masalah bekalan air seperti tekanan air rendah
ekoran musim kemarau yang dijangka berlarutan sehingga Ogos nanti.

Menteri Utiliti dan Telemonikasi Datuk Julaihi Narawi berkata beberapa loji rawatan air dijangka terjejas disebabkan oleh air mentah yang tidak mencukupi.

“Ini boleh mencapai peringkat kritikal seperti di Loji Rawatan Air Melugu dan Pantu di Sri Aman dan Loji Rawatan Air Penibong di Mukah sekiranya masih tiada hujan pada minggu-minggu akan datang,” katanya pada sidang media sempena majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di sini, semalam.

Hadir sama Timbalan Menteri Utiliti dan Komunikasi Datuk Liwan Lagang dan Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti dan Komunikasi Jafri Lias.

Sehubungan itu, beliau berkata pihak berkuasa bekalan air di Sarawak iaitu Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak (JBALB), Lembaga Air Kuching, Lembaga Air Sibu dan LAKU Management Sdn. Bhd. telah mengaktifkan pelan tindakan masing-masing bagi mengurangkan kesan musim kemarau terhadap bekalan air kepada pengguna.

Pada masa sama, Julaihi berkata situasi sumber air dan kemudahan bekalan air lain di setiap kawasan yang terjejas kemarau di Sarawak juga sedang dipantau rapi oleh pihak berkuasa bekalan air.

Selain itu, katanya lori tangki air kini dalam keadaan bersiap sedia untuk digerakkan ke kawasan yang terjejas bekalan air.

Justeru, beliau menggesa ketua masyarakat dan pengguna supaya segera melaporkan kepada pihak berkuasa bekalan air di kawasan masing-masing apabila mereka menghadapi masalah tekanan air yang sangat rendah atau apabila tiada bekalan air di kawasan mereka supaya tindakan segera dapat diambil.

Untuk pertanyaan dan bantuan lanjut, pengguna boleh menghubungi talian hotline pihak berkuasa bekalan air seperti JBALB di 082-262211, Lembaga Air Kuching di 082-222 222, Lembaga Air Sibu di talian 013-8106311, dan LAKU di talian 085-426626 (Miri), 086-318160 (Bintulu) dan 085-215 644 (Limbang).

BERITA LAIN

Presiden Rusia tawa perdamaian bersyarat kepada Ukraine

MOSCOW, Rusia: Presiden Rusia, Vladimir Putin, semalam mencadangkan perdamaian kepada Ukraine dengan menggariskan syarat-syarat Rusia untuk menamatkan serangan dan memulakan rundingan damai, lapor Agensi Anadolu

BERITA TERBARU

Presiden Rusia tawa perdamaian bersyarat kepada Ukraine

MOSCOW, Rusia: Presiden Rusia, Vladimir Putin, semalam mencadangkan perdamaian kepada Ukraine dengan menggariskan syarat-syarat Rusia untuk menamatkan serangan dan memulakan rundingan damai, lapor Agensi Anadolu