Kemarau dan jerebu; JPJ Sarikei hulur bantuan air mineral kepada anggotanya di Sri Aman

SARIKEI: Keprihatinan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cawangan Sarikei terhadap kakitangannya terserlah apabila tampil menghulurkan sumbangan kepada mereka yang ditimpa musibah.

Dalam perkembangan berkaitan, agensi itu menyumbangkan bantuan kepada kakitangannya yang berdepan dengan masalah kemarau berpanjangan.

Majlis penyerahan sumbangan berupa air mineral itu disampaikan oleh Ketua Cawangan JPJ Sarikei, Nurul Fairezzah Safri kepada wakil keluarga kakitangan JPJ Sarikei di Sri Aman.

“Sumbangan bertujuan meringankan beban anggota JPJ Sarikei yang mengalami masalah kekurangan air bersih akibat cuaca kering itu,” katanya.

Beliau berkata, kesemua air mineral itu merupakan sumbangan ikhsan semua pegawai dan anggota JPJ Sarikei.

Sumbangan bertujuan meringankan beban anggota keluarga JPJ Sarikei di Sri Aman yang terjelas akibat kemarau

Katanya, JPJ Sarikei amat prihatin dan simpati di samping memahami kesukaran kakitangan mendapatkan bekalan air ketika kemarau dan jerebu melanda daerah berkenaan.

“Sudah pasti mereka amat memerlukan sumber air yang bersih. Justeru kita faham keperluan itu dan menghulurkan sumbangan air mineral bagi menampung keperluan mereka,” jelasnya.

Beliau berkata, bantuan seumpama itu tidak akan dihentikan sebaliknya diteruskan dari semasa ke semasa mengikut keperluan.

Masalah kemarau di Sri Aman diburukkan lagi dengan keadaan cuaca berjerebu akibat kebakaran hutan dan belukar.

Bagaimanapun keadaan dilaporkan sedikit reda berikutan hujan lebat sejak kelmarin.

Antara yang menerima sumbangan

 

Nurul Fairezzah (tengah) menyerahkan sumbangan kepada wakil keluarga kakitangan JPJ Sarikei di Sri Aman.

Suara Sarawak