Bukan aku yang bersalah,
hanya kerana membara di balik terik.
Aku hanya menyinar, memancar,
membakar,
Walau kau tahu itu bukan salah.
Semua yang bersalah itu
menyisip dalam gersang,
berselindung di sebalik bahang,
tersembunyi dalam kering kerontang.
Tetapi aku
tidak selama-lama
kelam.
Aku masih ada hujan,
pelangi.
Aku selalu berharap,
Agar detik ini nikmat,
Syahdu, memukau.
Seperti hujan,
Seperti pelangi.
ZUL-ATFI ISMAIL
10.10.2026






