ARTIKEL

TAHNIAH... Jefry bersama-sama peserta yang mengikuti KKJP Jahitan Membuat Baju Kebaya Moden di sini, semalam.

KEMAS bantu masyarakat tambah pendapatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SPAOH: Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) kini aktif menjalankan kursus kemahiran jangka pendek untuk membantu masyarakat menambah pendapatan.

Pegawai KEMAS Bahagian Betong, Jefry Lana berkata, ia sebagai usaha untuk membantu masyarakat terutama wanita menjana pendapatan di rumah.

“Sehubungan itu, KEMAS berharap semua peserta terlibat dapat memanfaatkan ilmu asas jahitan ditawarkan.

“Ini memandangkan bidang ini dapat dilaksanakan semasa berada di rumah, yang seterusnya memberi satu sumber pendapatan lumayan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa KKJP Jahitan Membuat Baju Kebaya Moden di Kelas Jahitan, Bengkel Gerakan Desa Wawasan di sini, semalam.

Jelasnya, kursus tiga hari itu disertai 12 peserta dalam kalangan penduduk setempat.

Jefry mengharapkan peserta kursus menggunakan ilmu dan kemahiran yang diperoleh untuk menambah sumber pendapatan keluarga.

Katanya, cabaran dan tuntutan hidup masa kini memerlukan orang ramai kreatif menjana pendapatan. Penyelia PKEM Betong Norhayati Abdul Ghafar turut hadir.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Tarikan aktiviti pendakian

MENDAKI merupakan salah satu cara terbaik untuk meluangkan masa dan mengurangkan tekanan. Aktiviti ini sesuai dilakukan secara berkumpulan untuk bersama-sama menikmati keindahan alam semula jadi.

Perodua pamer prototaip EV pertama di Malaysia Autoshow 2024

SERDANG, Selangor: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) mengorak langkah dalam pembangunan teknologi elektriknya dengan memperkenalkan prototaip kenderaan elektrik (EV) pertamanya, Myvi Conversion. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk