Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Kemasukan pelajar ke UTS meningkat tiga kali ganda

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Kadar kemasukan pelajar ke Universiti Teknologi Sarawak (UTS) meningkat tiga kali ganda sejak pelancaran biasiswa bagi menanggung yuran pengajian sebanyak RM10,000.

Menurut Naib Canselor UTS, Profesor Datuk Dr Khairuddin Abdul Hamid, pihaknya menerima kemasukan hampir 300 orang pelajar bumiputera dan bukan bumiputera pada sesi pengambilan Februari lalu berbanding kebiasaan hanya sekitar 100 orang pelajar.

Naib Canselor UTS, Profesor Datuk Dr Khairuddin Abdul Hamid

“Pengumuman Biasiswa Yayasan UTS oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika pelancaran UTS pada 10 November 2021 ternyata satu harapan baharu bagi anak-anak negeri ini dari keluarga B40 dan M40.

“Ia merupakan sambutan yang amat menggalakkan terutamanya sejak dinaik taraf sebagai universiti penuh kerana biasiswa ini sangat bermakna dan istimewa untuk anak Sarawak,” katanya pada sesi temu bual khas bersama-sama Suara Sarawak.

Tambahnya, setakat ini sebanyak 63 orang pelajar layak dan menerima biasiswa. Dengan ini, ia secara langsung membolehkan lebih ramai rakyat negeri ini berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi seterusnya menghasilkan tenaga kerja profesional untuk memacu pertumbuhan ekonomi Sarawak.

“Jadi anda bayangkan untuk pengambilan Februari sahaja, lebih separuh daripada peruntukan untuk menampung 100 orang pelajar sudah menerima biasiswa tersebut. “Saya bimbang ia tidak mencukupi kerana UTS masih mempunyai sesi pengambilan pelajar pada April atau Mei dan satu lagi pada September depan.

“Malah mungkin pada April nanti, peruntukan tersebut sudah habis digunakan 100 peratus untuk semua pelajar bumiputera dan bukan bumiputera,” ujarnya. Katanya, beliau akan mengadakan perbincangan dengan Abang Johari tidak lama lagi bagi mencari jalan membantu pelajar yang tidak termasuk dalam 100 orang terawal menerima biasiswa terbabit.

Dr Khairuddin akui, beliau sangat gembira dengan kesan positif sejak pengenalan biasiswa terbabit kerana tujuan utama pihaknya adalah menyediakan peluang kepada anak-anak daripada keluarga kurang mampu untuk membayar yuran pengajian.

“Sebagai sebuah universiti awam negeri yang dimiliki oleh Kerajaan Sarawak, kita mahu semua tidak kira latar belakang untuk melanjutkan pengajian mereka.

“Dalam hal ini, UTS merupakan pusat pengajian awam negeri yang wajar menjadi pilihan utama ibu bapa menghantar anak sekali gus mengejar sasaran sehingga kapasiti maksimum 4,000 pelajar menjelang tahun 2024,” tegasnya.  Inisiatif tersebut menanggung yuran pengajian sebanyak RM10,000 seorang pelajar.

Pengurangan yuran pengajian ini adalah sebanyak RM4.5 juta hingga RM7 juta setahun sepanjang lima tahun. Selain itu, UTS menawarkan Biasiswa Sarjana Muda dan Pascasiswazah, iaitu Skim Biasiswa Khas untuk warga Sarawak dengan menanggung 50 peratus yuran pengajian semua program prasiswazah dan pascasiswazah.  Berdasarkan unjuran lima tahun, ini menunjukkan sumbangan/komitmen sebanyak RM17.2 juta hingga RM27 juta setahun dari UTS.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru