ARTIKEL

Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut) Sarawak, Datuk Henry Harry Jinep

Kemasukan pelancong Malaysia-Indonesia akan bertambah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BAU: Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Serikin yang mula dibina tahun ini akan memberi dorongan terhadap ekonomi antara Malaysia dengan Indonesia, khususnya Sarawak.

Demikian jelas Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut) Sarawak, Datuk Henry Harry Jinep yang juga berkata ICQS Serikin ini akan memudahkan pergerakan lintas sempadan Sarawak dan Indonesia.

Justeru beliau berharap pembinaan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Serikin dapat dibina secepat mungkin.

“Dengan peruntukan yang telah disediakan saya berharap pembinaan ini akan dapat dilaksanakan secepat mungkin.

“Ini mampu memudahkan pergerakan kenderaan bagi tujuan import dan eksport antara dua negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual wartawan sempena kunjungan Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Seri Lee Kim Shin ke Pos Limpas Batas Negara (PLBN) Jagoi Babang, semalam.

Selain itu, Jinep juga menekankan pentingnya agar reka bentuk ICQS Serikin setaraf PLBN Jagoi Babang dan penggunaan passport untuk kedua-dua pos ini.

“Perkhidmatan di kedua-dua pintu sempadan harus seragam dengan penggunaan pasport, ini akan memastikan pergerakan pelancong, pengguna, dan pergerakan import eksport lebih lancar dan tidak terhad,” jelasnya.

Dengan siapnya ICQS Serikin itu kelak, beliau percaya jumlah kemasukan pelancong bagi kedua-dua negara, akan bertambah berikutan pintu sempadan itu antara yang terdekat untuk memasuki bandar raya Kuching.

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

Bejimat pulai ke menua maya pemisi Gawai

KOTA SAMARAHAN: Sepenyampau 66 ketapu pengelikun udah disua ngagai mensia mayuh nyengkaum ketapu pengelikun ungkup nembiak mit ba jalai Palan Bedaja Kaunsil Mengeri Kota Samarahan