Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Kematangan pemain kecemerlangan SU FC

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais kagum dengan kematangan pemain dalam pasukan Sarawak United FC (SU FC) ketika ini.

Dalam keadaan berdepan dengan gelora musibah pandemik Covid-19, pemain mampu mengatasi tekanan yang disifatkannya pelbagai itu.

“Saya kagum dengan kematangan yang ditunjukkan pemain ketika ini terutama yang berasal dari Sarawak.

“Bayangkan hampir setengah tahun mereka tidak dapat bersama keluarga seperti sebelum ini disebabkan latihan pasukan berpangkalan di Kuala Lumpur,” katanya kepada Arena Suara Sarawak.

Beliau menambah perubahan positif tersebut sedikit sebanyak menyumbang kejayaan pasukan SU FC setakat ini, yang memperlihatkan kecemerlangan pasukan kendalian E.Elavarasan itu untuk menguasai takhta carta Liga Premier 2021 buat sementara.

Jelas Posa, skuad SU FC ketika ini dibarisi ramai pemain berpengalaman serta pemain muda yang berpotensi untuk maju dalam sukan bola sepak.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru