Trending

Kematian akibat rabies boleh dicegah

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Sarawak menggesa orang ramai untuk bekerjasama membanteras kes rabies di negeri ini.

Pengerusinya Dr Liew Shan Fap berkata, Sarawak merekodkan 66 kes rabies dan 59 kematian sejak wabak pertama pada Julai 2017.

Jelasnya, kadar kematian akibat rabies sangat tinggi dan laluan utama penularan adalah gigitan haiwan khususnya gigitan anjing.

“Fakta lebih membimbangkan apabila jumlah kes meningkat dengan ketara tahun ini walaupun pelbagai langkah telah diambil oleh pihak berkuasa.

Dari 1 Januari hingga 15 Mei, Sarawak merekodkan 11 kes rabies dan sembilan kematian.

“Kita mesti menekankan bahawa kematian rabies adalah 100 peratus boleh dicegah,” katanya pada Forum Awam Kesedaran Rabies: Gigitan Anjing Membunuh di Auditorium Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), di sini, semalam.

Menurutnya, dalam persekitaran Sarawak, masih terdapat ruang penambahbaikan untuk mencegah kes daripada berlaku iaitu menerusi kesedaran awam.

“Ini kerana masih ramai yang tidak mengetahui bagaimana kematian rabies dan ramai yang tidak mengetahui pelan rawatan untuk pendedahan selepas rabies.

“Selain terdapat sesetengah pemilik haiwan peliharaan tidak mengikut saranan atau peraturan pihak berkuasa tempatan,” katanya.

Ekoran itu, MMA Sarawak dan kerajaan negeri mengambil inisiatif untuk menganjurkan forum khusus ini.

“Kami berharap mesej utama yang cuba disampaikan dapat disebar kepada semua orang di Sarawak.

“Saya berharap semua peserta dapat mempelajari lebih lanjut mengenai rabies dan menyampaikan ilmu yang anda pelajari hari ini kepada orang di sekeliling.

Marilah bersamasama kita mencegah rabies,” katanya.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru