ARTIKEL

Foto: Instagram

Kematian penyanyi Korea Selatan, Park Bo-ram, diselubungi misteri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KEMATIAN Park Bo-ram pada 11 April lepas bukan sahaja mengejutkan kerana dia meninggal dunia pada usia 30 tahun, tetapi juga kerana misteri yang menyelubungi kematiannya yang masih dalam siasatan, lapor Allkpop.

Menurut Channel News Asia (CNA), dia dijumpai pengsan dalam bilik mandi ketika melakukan kunjungan sosial kepada seorang rakan.

Park sedang minum bersama rakan-rakan apabila dia bangun dan pergi ke tandas tetapi berada di sana begitu lama.

Dia ditemui pengsan oleh rakan-rakan yang mencarinya dan segera dibawa ke hospital di mana dia disahkan sudah mati.

Allkpop melaporkan pihak berkuasa telah mengarahkan bedah siasat ke atas mayatnya untuk menentukan punca sebenar kematian.

Menurut CNA, Park merupakan seorang penyanyi Korea Selatan yang paling terkenal kerana lagu latarnya bagi drama ‘Reply 1988’ di negara tersebut.

Dilahirkan pada 1 Mac 1994 di Wilayah Gangwon, Park mula menceburi bidang nyanyian ketika dia menyertai pertandingan TV realiti anjuran Mnet, ‘SuperStar K2’.

Menurut M Wave, penglibatan Park dalam ‘SuperStar K2’ membuahkan hasil apabila dia berjaya mendapat tempat dalam kelompok Top 8 daripada ratusan peserta dan malah mendapat pujian daripada penyanyi veteran Korea, Lee Seung-chul.

Newsen melaporkan penyertaan Park dalam ‘SuperStar K2’ juga telah mengubah dirinya secara peribadi apabila bintang itu mengalami transformasi fizikal yang ketara dengan mengurangkan berat badan sebanyak 30 kilogram.

Sejak menyertai ‘SuperStar K2’, Park menandatangani kontrak dengan beberapa agensi paling terkenal di Korea Selatan seperti Jellyfish Entertainment dan MMO Entertainment.

Sebelum dia meninggal dunia, dia telah menandatangani kontrak dengan Xanadu Entertainment dan Huayi Brothers.

Selepas ‘SuperStar K2’, Park mengeluarkan lagu single, ‘Beautiful’, yang memaparkan penyanyi rap terkenal Korea Selatan, Zico, pada 2014.

‘Beautiful’ meletup pada tahun itu sehingga meletakkan Park di tempat kedua dalam carta muzik Gaon.

Lagu-lagu Park juga telah meletakkannya di tempat ketujuh dalam carta muzik Gaon pada Aprul 2015.

Dia mencapai kejayaan itu pada waktu albumnya, ‘Celepretty’, dikeluarkan.
Walaupun dia mencapai kejayaan sebagai seorang penyanyi, Park lebih terkenal kerana menyanyikan lagu latar bagi beberapa drama paling terkenal dalam dunia hiburan Korea.

Selain ‘Reply 1988’, Park juga pernah menyanyikan lagu latar bagi ‘49 Days’, ‘Hyde Jekyll, Me’, dan ‘Prison Playbook’.

BERITA LAIN

Lelaki dipenjara menyamar ahli BTS

LELAKI yang dikenali sebagai A dijatuhkan hukuman penjara kerana menyamar sebagai ahli BTS untuk memperoleh lagu yang belum dikeluarkan BTS. Memetik media antarabangsa, mahkamah mengekalkan

Harapan Bujang Sarawak ke AJL

LAGU Bujang Sarawak yang dinyanyikan oleh Baby Shima semakin mengukuhkan kedudukan di Muzik-Muzik 39. Kali ini Bujang Sarawak mendapat tempat ketiga dalam undian Muzik-Muzik 39.

BERITA TERBARU

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA