ARTIKEL

Kematian semakin dekat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KEMATIAN, sebagai satusatunya kepastian dalam kehidupan manusia, menghantui fikiran manusia sejak awal zaman. 

Kehidupan pasti diakhiri dengan kematian sebagaimana firman Allah SWT dalam al-Quran surah Ali Imran ayat 185 yang bermaksud: “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu.”

Kematian boleh tiba pada bilabila masa, tanpa ditangguh atau diawalkan sesaat pun.  

Dalam beberapa tahun ini, semakin ramai kawan dan saudara rapat yang meninggal dunia. 

Ada yang mati kerana sakit tua, penyakit dan kemalangan atau terkena serangan jantung.

Kematian yang tidak diduga atau datang tibatiba tentu meninggalkan kesan yang lebih mendalam.

Bagi kita, pengakhiran kehidupan dalam keadaan yang baik dan diredai oleh Allah SWT atau husnul khatimah tentu amat didambakan.

Semua ini semakin memaksa diri untuk merenung hakikat keberadaan dan kewujudan di dunia ini.

Kematian seolah-olah semakin dekat.

Kematian mereka yang rapat dan yang disayangi pasti meninggalkan kesan yang mendalam terhadap emosi kita.

Kematian ayah beberapa tahun lalu, sehingga kini masih membekas. 

Baca lain  Penuhi keperluan Sarawak

Kematian ibu saudara yang begitu menyayangi diri, dan prihatin akan keperluan ketika zaman persekolahan begitu membekas di hati.

Bukan saja kehilangan dan kekosongan begitu terasa, tetapi hati budi dan keikhlasannya begitu dihargai.  

Pada Khamis lepas, saya kehilangan seorang lagi saudara rapat yang begitu saya senangi kerana begitu peduli ketika saya melanjutkan persekolahan tingkatan enam di Miri dahulu.

Beliau memasak makanan yang saya gemari dan memberi layanan yang begitu baik ketika saya menginap di rumah keluarga berkenaan pada hujung minggu.

Satu per satu mereka pergi, dan setiap budi baik tetap akan dikenang sepanjang hayat.

Ada kenangan manis yang ditinggalkan, dan tidak kurang juga kekesalan yang mencengkam, kerana tidak melakukan sesuatu yang sepatutnya dilakukan ketika mereka masih hidup.

Iktibarnya, cuba lakukan yang terbaik kepada setiap orang ketika di dunia ini walau sekecil mana pun perbuatan itu.

Secara falsafah, kematian telah menjadi fokus pembahasan sejak zaman kuno.

Plato, dalam dialognya “Phaedo”, menggambarkan kematian sebagai pembebasan daripada belenggu tubuh, memungkinkan jiwa untuk mencapai keabadian.

Baca lain  Langkah songsang

Sementara itu, ahli eksistensialis seperti Jean-Paul Sartre menekankan bahawa kematian memberi erti pada kehidupan, kerana melalui kehadirannya, manusia menyedari batasan dan kebebasannya untuk memberi makna pada kehidupan.

Dalam konteks agama, kematian memegang peranan penting dalam banyak tradisi keagamaan.

Kematian dipandang sebagai peralihan menuju kehidupan abadi atau hukuman kekal, tergantung pada kepercayaan dan amalan individu.

Konsep karma dan reinkarnasi dalam Hinduisme dan Buddhisme mengajarkan bahawa kematian adalah bahagian daripada siklus kehidupan yang berkelanjutan, dan setiap tindakan membentuk nasib masa depan.

Sains, dengan segala penemuan dan kemajuan teknologi, terus mencuba memahami kematian.

Meskipun kita telah mengungkap banyak rahsia tentang proses kematian, seperti kegagalan organ vital atau gangguan seluler, kita masih berjuang untuk memahami apa-apa yang terjadi setelah kematian.

Konsep seperti kesedaran pascakematian atau potensi keberlanjutan energi kehidupan masih menjadi misteri yang belum terpecahkan.

Di sisi budaya, kematian sering kali dipandang sebagai peristiwa yang penuh dengan ritual dan simbolisme.

Bagi banyak masyarakat, upacara pemakaman dan peringatan menghormati orang yang telah meninggal menjadi bahagian penting daripada proses berduka dan mengenang.

Baca lain  Retak menanti belah

Warisan budaya seperti mitos, legenda, dan karya seni sering kali memperkuat pemahaman dan persepsi kita tentang kematian, memperkaya pengalaman manusia tentang ketidakpastian dan keabadian.

Dalam kehidupan sehari-hari, kesedaran akan kematian sering kali terbenam di tengah-tengah kekhuatiran kita.

Namun, pada saat yang sama, pemahaman akan kematian dapat memberikan perspektif yang lebih dalam tentang nilai-nilai hidup kita.

Ia membangkitkan pertanyaan tentang tujuan dan makna keberadaan kita di dunia ini.

Kita mungkin tidak dapat menghindari kematian, tetapi kita dapat memilih untuk memahaminya, merayakannya, dan menggunakan kesedarannya untuk mendorong kita menuju kehidupan yang lebih baik, lebih bermakna dan lebih memuaskan.

Ajaran Islam sering mengingatkan kita agar melaksanakan perintah-Nya dan mengelakkan diri daripada melakukan dosa.

Segerakan amalan bertaubat atas dosa yang dilakukan sebelum menjelma saat penyesalan.

Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

• Dato Dr Jeniri Amir ialah penganalisis politik dan Felow Kanan Majlis Profesor Negara.

BERITA LAIN

Langit terbuka

MELETUSNYA Semeru di Jawa Timur dua hari lepas melimpahkan lahar sejuk di persekitaran, membawa hujan dan banjir sekitar Lembangan Sungai Regoyo. Pemindahan melibatkan 32 keluarga sekadar

Kenangan raya terkurung, terkejut

JIKA ditanya mengenai tempoh paling menyeronokkan menyambut Hari Raya Aidilfitri, sudah pasti kebanyakan kita akan memilih zaman kanak-kanak. Apa tidaknya, ketika itu kita tidak perlu

Raya terakhir kami?

SEMALAM ibu sahabat saya pergi di depan mata. Saya di sana, saya melihat bagaimana anaknya cuba menyelamatkan ibu mereka hingga ke titik terakhir. Namun, apabila

Obesiti selepas raya

PASTI ada yang kembali buncit pada hari raya kesembilan (hari ini), malah ada yang lebih besar kebuncitannya. Ia berpunca daripada pengambilan makanan berlebihan sejak raya

Jangka hayat, kematian semakin dekat

ADAKAH anda bersedia untuk mati? Adakah anda bersedia untuk meninggalkan legasi? Sekurang-kurangnya mendidik atau mempersiapkan pengganti untuk syarikat, pertubuhan dan sebagainya, termasuk dalam urusan pentadbiran.

Rayakan sebulan

HARI ini hari ketujuh kita menyambut Hari Raya Aidilfitri. Sik berasa, terutama bagi golongan muda. “Lom puas beraya, dah mula bersekolah.” Antara dialog yang kita

BERITA TERBARU

Kyrgyzstan sekat TikTok

BISHKEK: Wanita muda, Aku Sharsheeva, 22, berasa kecewa apabila gagal mengakses platform TikTok di studio fotografinya di ibu kota Kyrgyzstan minggu ini. “Tiada apa-apa yang

Restoran Chef Arnold dikritik

CEF selebriti Indonesia, Chef Arnold, 35, mengakui kesal apabila restorannya dikecam oleh pengulas makanan, Codeblu. Menurutnya, pempengaruh TikTok itu mengunjungi restorannya baru-baru ini. Chef Arnold

Alternatif interpretasi karya sastera

MUZIK dan sastera merupakan dua aliran cabang seni yang sekian lama wujud dalam peradaban manusia. Muzik sebagai gubahan bunyi yang menghasilkan bentuk dan irama yang