ARTIKEL

Kembalikan kegemilangan dunia bola sepak Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PRESIDEN FAS…Abang Zulkarnain.

KUCHING: Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) menggariskan beberapa perancangan dalam mengembalikan kegemilangan dunia bola sepak Sarawak.

Presidennya Abang Zulkarnain Abang Abdul Rahman berkata, perancangan yang berada dalam radar pihaknya untuk dilaksana terarah kepada penstrukturan semula FAS.

“Dengan kata lain, membentuk FAS yang betul-betul dinamik mencakupi pelbagai sudut dari segi tugas dan pentadbiran.

“Selain itu, kita juga akan menyusun semula perlembagaan FAS dan semua peraturan yang ada merupakan fokus kedua yang akan diberi perhatian,” katanya kepada Arena Suara Sarawak.

Tambah Abang Zulkarnain, pendekatan baharu yang akan dilakukan oleh pihaknya adalah menyediakan program, segala perancangan untuk diguna pakai oleh setiap ahli gabungan.

“Sekiranya FAS mempunyai dana mencukupi, kita akan menyalur peruntukkan atau dana kepada setiap ahli gabungan supaya senang untuk mereka menganjurkan program atau kejohanan.

“Tiada sebarang dana akan diberikan kepada ahli gabungan yang tidak aktif kerana tugas utama FAS menerusi penggemblengan tenaga ahli gabungan yang ada menghasilkan pemain berbakat bagi kegunaan pasukan sama ada pasukan Sarawak United FC mahupun Kuching City FC,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya dengan barisan exco baharu yang ada akan memastikan semua ahli gabungan kembali diaktifkan.

Katanya semua ahli gabungan perlu diaktifkan kerana mereka merupakan agen kepada FAS dalam menjadi tunjang utama kepada proses pembangunan bola sepak di negeri ini.

BERITA LAIN

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit

BERITA TERBARU

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit