Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Kembalikan zaman kegemilangan Sibu

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
ANTARA orang ramai yang hadir pada ceramah tersebut.

ANTARA orang ramai yang hadir pada ceramah tersebut.

SIBU: Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat I Datuk Dr Annuar Rapaee menggesa pengundi di sini untuk mengembalikan zaman kegemilangan Sibu dengan mengundi calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Parlimen Lanang dan Sibu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini.

Berucap pada sesi ceramah kempen PRU-15 GPS di sini pada malam tadi, beliau merayu pengundi khususnya masyarakat cina supaya membina semula Sibu untuk bandar kebanggaan ini.

Beliau berterima kasih kepada pengundi kerana memberi respons yang baik pada pilihan raya negeri lalu dan memilih tiga wakil daripada GPS untuk masa depan Sibu.

“Saya boleh beritahu anda ini adalah peluang terbaik untuk kita mengubah Sibu. Saya merayu kepada anda rakan-rakan Cina saya, tolong beri saya dua lagi YB untuk menjadikan kami enam orang ditambah Robert Lau Hui Yew untuk menjadikan kami tujuh orang.


DR Annuar ketika menyampaikan sesi ceramahnya.

“Saya harap era mendiang Datuk Robert Lau Hoi Chew akan kembali ke Sibu lagi untuk Sibu yang hebat. Jika tujuh daripada kami bekerjasama, dengan orang yang bekerja keras di sekeliling, kami akan menjadikan Sibu hebat semula,” tegas Adun Nangka itu.

Menurutnya lagi, ketika dilantik sebagai Pengerusi Universiti Teknologi Sarawak (UTS) awal tahun lepas, beliau mula memahami bahawa yuran kursus terlalu mahal.

Memetik yuran kursus kejuruteraan sebanyak RM70,000, beliau berkata, ini menjejaskan pengambilan pelajar kerana ramai yang tidak mampu untuk belajar di universiti.

Memahami masalah itu, beliau berkata, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersetuju menawarkan 50 peratus biasiswa untuk semua rakyat Sarawak yang mendaftar di UTS.

Beliau menambah 200 pelajar (100 bumiputera dan 100 bukan bumiputera) daripada kumpulan B40 akan mendapat 80 peratus biasiswa.

Dr Annuar menggesa semua orang, terutamanya pelajar cina untuk belajar di UTS, sambil menegaskan ia adalah satu-satunya universiti di Malaysia yang mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

Turut menyampaikan ceramah pada sesi tersebut ialah Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan II Michael Tiang Ming Tee, calon GPS Parlimen Lanang Wong Ching Yong dan calon GPS Parlimen Sibu Clarence Ting Ing Horh.

Kedua-dua mereka masing-masing Pengerusi SUPP Cawangan Dudong dan Pelawan.

Selain itu, Ching Yong dan Ting juga masing-masing merupakan Kaunselor di Majlis Daerah Luar Bandar Sibu dan Majlis Perbandaran Sibu.

Berita Berkaitan

E-Paper

22 Mac 2023

Berita Terbaru

Ubah status maklumat

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menandatangani rang undangundang