ARTIKEL

Foto Ghazali Bujang

Kembar berbakat besar mahu harumkan nama Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kembar berbakat besar kebanggaan Sarawak, Aleysha Shareef dan Ryan Zachary Shareef, 11 tahun, berlepas ke Kuala Lumpur, dan seterusnya ke Long Beach, California, Amerika Syarikat untuk bersaing dalam Kejohanan Seni Persembahan Dunia (WCOPA) ke27 pada 28 Jun hingga 6 Julai.

Mereka mewakili Malaysia dalam kejohanan tersebut selepas memperagakan aksi memukau pada WCOPA Peringkat Kebangsaan di Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur, Januari lalu.

WCOPA merupakan platform yang juga dikenali sebagai Olimpik Bakat untuk penghibur yang bercita-cita tinggi dan berjaya menarik penyertaan lebih 60 buah negara dari seluruh dunia setiap tahun.

Ketika ditemui pemberita Aleysha dan Ryan Zachary begitu teruja, sebelum menaiki kapal terbang.

Aleysha memaklumkan bahawa mereka telah menghadiri kelas intensif dalam kedua-dua vokal dan permodelan sejak dua bulan lepas.

“Sasaran kami hanya satu untuk menang. Apabila menang, saya mahu dengan bangga memaklumkan kepada semua penonton bahawa kami wakil dari Sarawak, Malaysia,” katanya.

Ryan Zachary turut meluahkan keyakinan untuk bersaing pada pertandingan tersebut dan memberitahu akan buat yang terbaik untuk negara, khususnya Sarawak.

Foto Ghazali Bujang

“Sudah lama kami menantikan pengalaman sekali seumur hidup ini dan kami teruja untuk bersaing dengan bakat-bakat terbaik di dunia,” ujarnya.

Aleysha akan membuat persembahan solo dalam tiga genre vokal iaitu Rock & Ballad, Pop dan Broadway dengan menggayakan pakaian formal dan kasual untuk kategori peragaan, selain dua lagu duet bersama-sama Ryan.

Ryan bakal menyertai genre vokal Pop dan Terbuka dengan pakaian formal dan kasual bagi persembahan peragaan selain duet dengan kakaknya.

Untuk rekod, ramai peserta Malaysia telah memenangi emas di WCOPA, termasuk penghibur Sarawak yang terkenal, Bob Yusof.

Dewi Liana Seriestha, jurulatih vokal kepada Aleysha dan Ryan juga pernah memenangi emas untuk opera klasik, tiga pingat perak untuk kategori kontemporari, muzik dunia dan pelbagai (vokal), anugerah khas di bawah Anugerah Industri dan pingat untuk juara klasik WCOPA pada 2014.

Datuk Eddie Abdullah dan Datin Saniah Yak, jurulatih dan rakanrakan kembar itu turut hadir bagi memberikan sokongan padu kepada mereka.

BERITA LAIN

Rujuk status tanah sebelum buat rumah

BINTULU: Penduduk khususnya di rumah panjang perlu merujuk status tanah kepada agensi berkaitan terlebih dahulu, sebelum mendirikan perumahan baharu di kawasan yang dikenal pasti. Menteri

Polis lumpuh sindiket gula-gula getah dicampur dadah

KUALA LUMPUR: Polis melumpuhkan sindiket pengedaran gula-gula getah dicampur dadah dengan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM5.02 juta dalam serbuan berasingan di Cheras dan Seri Kembangan, semalam.Pengarah

BERITA TERBARU