KELAB Ikmas menganjur kembara ke Empangan Bengoh, menyusuri tiga air terjun – Da’en, Udang Pe’an dan Air Terjun Curtain Susung.
Rombongan juga sempat singgah di Kampung Sting menikmati pemandangan dari atas.
Aktiviti anjuran Kelab Ikmas ini disertai 18 ahli yang terdiri daripada pegawai, alumni dan ahli keluarga pegawai Ikmas.
Tujuan program untuk membudayakan gaya hidup sihat serta mengeratkan silaturahim sesama ahli Kelab Ikmas.