Trending

Kembara Kenali Borneo bukti eratnya perpaduan rakyat S’wak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Foto: UKAS

KUCHING: Kembara Kenali Borneo merupakan contoh teguhnya perpaduan rakyat yang seharusnya tidak dihadkan oleh perbezaan agama, budaya atau bangsa.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari berkata, perkara ini terbukti apabila Agong dan Raja Permaisuri tidak segan mencemar duli dalam menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan semasa Kembara Kenali Borneo.

“Rakyat Sarawak berasa gembira kerana mereka tahu mereka mempunyai pasangan diraja yang begitu senang mendampingi rakyat.

“Jelas kelihatan sambutan rakyat jelata di sepanjang laluan kembara sungguh luar biasa,” katanya berucap pada Majlis Penutupan dan Santapan Malam Bersama Kerajaan Negeri Sarawak malam tadi.

Abang Johari berkata, Sarawak amat menghormati institusi raja walaupun negeri ini tidak mengamalkan sistem kesultanan seperti negeri di Semenanjung Malaysia.

“Malaysia dibentuk berasaskan sistem Raja Berperlembagaan dan jelas sekali keberadaan baginda membuktikan Raja Berperlembagaan mempunyai peranan unik sebagai payung perpaduan, kemakmuran dan kestabilan negara ini,” katanya.

Kembara Kenali Borneo meneruskan pengembaraan terakhirnya ke Telok Melano, hari ini.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru