ARTIKEL

Kembara Sarawak Merdeka konvoi ke Telok Melano

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Konvoi Kembara Sarawak Merdeka Bahagian Kuching diteruskan lagi dengan perjalanan 0 kilometer Telok Melano sempena Hari Merdeka Sarawak ke-60.

Bermula dari perkarangan pusat beli-belah Majma, peserta konvoi menuju ke Telok Melano dengan jarak 137 kilometer sambil dirasmikan Timbalan Premier Sarawak Datuk Seri Dr Sim Kui Hian dan dif kehormat yang lain.

Setibanya di Telok Melano, para peserta bakal disambut oleh ADUN Tanjong Datu Azizul Annuar Adenan dan ADUN Opar Billy Sujang, sebelum konvoi dilepaskan ke Daerah Bau (112km).

Dalam anggaran jam 4.30 petang yang sama, peserta konvoi dijangka disambut Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Henry Harry Jinep dan ADUN Serembu Miro Simuh di Dewan Suarah Bau, kemudian dilepaskan untuk kembali ke Kuching semula dengan jarak 36km.

Jumlah jarak bagi konvoi kali ini dianggarkan sejauh 285km dengan melibatkan 30 buah kenderaan pacuan empat roda, 30 buah kereta dan 60 buah motosikal.

Turut kelihatan semasa majlis pelepasan konvoi Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Datuk Abdul Rahman Junaidi, ADUN Batu Kitang Lo Khere Chiang, Datuk Bandar Kuching Selatan Datuk Wee Hong Seng dan Senator Dewan Negara Datuk Ahmad Ibrahim.

Baca lain  Pegawai kerajaan digesa berterus terang mengenai sebarang masalah di lapangan

Pada Selasa lalu, konvoi seumpamanya turut diadakan di Bahagian Samarahan di perkarangan pusat beli-belah La Promenade.

Abdul Rahman dan ADUN Stakan Datuk Hamzah Brahim menyambut ketibaan konvoi sekitar jam 12 petang di pusat beli-belah tersebut.

BERITA LAIN

Bacaan IPU Sarawak baik, sederhana

KUCHING: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh Sarawak menunjukkan bacaan baik dan sederhana serta tiada bacaan tidak sihat direkodkan susulan letusan Gunung Ruang di Sulawesi

ADUN Repok lawat dua pesakit warga emas

SARIKEI: Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Huang Tiong Sii melawat dua warga emas yang terlantar sakit di kediaman mereka, pada Khamis.

Pesta Beras Adan 2024 di Ba’Kelalan

LAWAS: Ba’Kelalan mempunyai potensi besar untuk dipasarkan dan dipromosikan sebagai destinasi pelancongan ekologi. Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal berkata demikian susulan pelbagai

BERITA TERBARU

Inul Daratista dakwa diri disihir

INUL DARATISTA, 45, berasa bimbang setelah dirinya secara tiba-tiba sakit sehingga muntah darah. Memetik media antarabangsa, Inul dikatakan tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan setelah diperiksa