ARTIKEL

Kemenangan bergaya Kuching City FC

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JURULATIH Kuching City FC, Aidil Sharin Sahak memuji semangat juang anak-anak buahnya di sebalik kemenangan selesa 4-1 ke atas Negeri Sembilan pada aksi terakhir kempen Liga Super 2023 di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi malam kelmarin.

Menurut Aidil, sikap tidak pernah berputus asa tersemat dalam sanubari anak-anak buahnya dianggap salah satu faktor terhapusnya badi kekalahan sejak beliau mengambil alih pasukan awal Ogos lalu.

“Kredit kepada pemain yang telah berjaya mempamerkan semangat juang tinggi.
“Ia membantu memastikan tiga mata berharga dalam genggaman,” ujar Aidil kepada Arena Suara Sarawak.

Beliau akui, misi awal mereka adalah untuk memburu tiga mata. Apa yang pasti, pemain berjaya merealisasikan impian tersebut.
Sentuhan penyudah empat tenaga import penyumbang tiga mata berharga.

Bruno Dybal menjaringkan dua gol pada minit ke-44 dan 73, sambil dua lagi gol masingmasing disumbangkan oleh Yuki Tanigawa pada minit ke-47 dan Pedro Oliveira minit ke-55.

Tuan rumah terlebih dahulu merobek kubu The City Boys menerusi Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi pada minit ke-4.

Namun KCFC bangkit hebat selepas itu, dengan empat ledakan jaringan.

Bagaimanapun, kemenangan tersebut tidak mengubah kedudukan mereka yang kekal menghuni tangga ke-13 dengan 12 mata.

Mencatat dua kemenangan, enam seri dan 18 kali kalah selepas mengharungi 26 perlawanan musim ini.

Namun ia sedikit banyak memberikan inspirasi kepada Aidil untuk membentuk pasukan yang lebih mantap musim depan.

Yang pasti KCFC kekal bersaing dalam Liga Super 2024.

LAIN-LAIN BERITA

Kesihatan Tze Yong diutamakan BAM – Norza

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil pendekatan tidak terlalu memberi tekanan kepada pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, dalam usaha mengejar slot ke

Enam perlawanan ujian awal sri kandi Sarawak

KUCHING: Ketua jurulatih skuad bola sepak wanita, Suffian Ibrahim menegaskan enam perlawanan persahabatan bakal diharungi barisan pemain yang berada dalam skuad bayangan ketika ini. Tiga

BERITA TERBARU