ARTIKEL

Kemenangan Biden rumitkan hubungan Mexico-AS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MEXICO CITY: Setelah bertahun-tahun menjalin hubungan erat dengan Donald Trump, kini Mexico harus membentuk semula hubungan dengan AS di bawah Joe Biden, termasuk dalam beberapa isu penting berkaitan perdagangan dan imigresen.

Kedudukan negara tersebut menjadi canggung dengan keengganan Presiden Andres Manuel Lopez Obrador untuk mengucapkan tahniah kepada Biden pada Sabtu sementara Trump terus beranggapan pemilihan itu belum selesai kerana belum diiktiraf sah oleh negara.

Populis sayap kiri itu menyatakan, akan menunggu semua masalah undang-undang dalam pilihan raya Presiden AS diselesaikan.

Lopez Obrador dalam sidang akhbar pula berkata, mereka tidak akan bertindak melulu kerana mereka mempunyai hubungan baik dengan kedua-dua calon.

Kenyataan itu dibuat Lopez Obrador ketika Biden dan Naib Presiden yang dipilih, Kamala Haris yang menerima ucapan tahniah dari para pemimpin dunia yang lain.

Trump telah mencetuskan kemarahan semasa kempen pilihan raya 2016 apabila beliau melabelkan migran Mexico sebagai perogol dan pengedar dadah, dan berjanji akan membina tembok di sempadan selatan AS.

Baca lain  Banjir lahar sejuk landa Jawa Timur

Namun begitu, Lopez Obrador menjaga hubungan baik dengan Trump, dan para pakar menyatakan Presiden Biden akan membawa sejumlah cabaran baharu untuk Mexico.

“Retorik anti-Mexico Trump sangat tidak menyenangkan, tetapi sebenarnya ada perjanjian penting,” kata penganalisis Majlis Hubungan Luar Mexico Miguel Angel Jimenez kepada AFP.

Katanya, hubungan dengan Demokrat sentiasa dingin dan Biden pula melebarkan lagi jurang antara kedua-dua negara berkenaan.

Menurut Jimenez, Mexico sebelum ini memperoleh banyak manfaat daripada pentadbiran Republik, seperti pengampunan imigresen yang diberikan oleh Ronald Reagan dan Perjanjian Perdagangan Bebas (NAFTA) yang dirundingkan di bawah George H.W. Bush.

Reaksi berhati-hati Lopez Obrador terhadap kemenangan Biden mencerminkan hubungan rapatnya dengan Trump dan hakikat bahawa Republikan masih mempunyai baki beberapa minggu untuk berkuasa, katanya. – AFP

BERITA LAIN

Banjir lahar sejuk landa Jawa Timur

JAKARTA: Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,