ARTIKEL

Kemenangan GPS bantu stabilkan Malaysia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sokongan yang diberikan kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dapat membantu menstabilkan Kerajaan Malaysia.

Demikian kata Penyandang Parlimen Petra Jaya ketika ditemu bual wartawan selepas menghadiri program makan pagi bersama-sama Komuniti Keluarga Malaysia di Zainab Family Food Court, Metrocity, di sini, hari ini.

Menurutnya, inilah yang dimaksudkan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkaitan dengan kenyataan Sarawak sebagai ‘king maker’.

“Ini hasrat yang cuba disampaikan Premier (Abang Johari) kita. ‘King maker’ yang dimaksudkan bukan bermakna kita sebagai penentu dan sebagainya.

KENANGAN… Fadillah bersama-sama belia Petra Jaya bergambar selepas menghadiri program makan pagi Komuniti Keluarga Malaysia di Zainab Family Food Court

“Tetapi, sumbangan Sarawak untuk menentukan kestabilan politik. Justeru, kita mengharapkan sokongan padu dari rakyat negeri ini,” katanya.

Menurutnya lagi, kalau boleh daripada 31 kerusi yang dipertandingkan, semuanya diberikan kepada GPS.

Tegasnya, ia pasti dapat membentuk Kerajaan Malaysia yang lebih stabil, sekali gus menjaga hak Sarawak.

“Di samping menstabilkan kedudukan politik negara, kita juga dapat menyuarakan hak Sarawak demi kepentingan hak negeri ini,” katanya ringkas.

 

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira