ARTIKEL

Kredit: BERNAMA

Kemenangan Korea Selatan benam Australia bukan balas dendam – Son

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

AL WAKRAH (QATAR): Bintang Tottenham Hotspur Son Heung-min tidak melihat jaringan kemenangannya yang membawa Korea Selatan ke separuh akhir Piala Asia 2023 setelah mengecewakan Australia 2-1 pada Sabtu, sebagai balas dendam.

Son dan skuad Taegeuk Warriors gagal bergelar juara kali ketiga selepas tewas di tangan Australia dengan jumlah gol yang sama pada perlawanan akhir edisi 2015 di Sydney.

Penyerang berusia 31 tahun yang mencipta gol pada 2015 itu berkata kekalahan pada sembilan tahun lepas ternyata menyakitkan, namun telah mematangkan diri beliau yang turut menikmati kerjaya cemerlang sejak itu.

“Kejadian pada 2015 begitu menyakitkan, tetapi saya tidak menyebutnya sebagai membalas dendam. Ia sebahagian daripada bola sepak dan keputusan ini membantu saya menjadi lebih matang sebagai pemain,” katanya selepas pertembungan suku akhir yang sengit di Stadium Al Janoub di sini.

Dalam aksi yang memasuki masa tambahan, Son menunjukkan kelasnya apabila meledak gol kemenangan melalui sepakan percuma pada minit ke-104 selepas menghadiahkan penalti untuk Korea Selatan menyamakan kedudukan pada lewat masa permainan sebenar.

Baca lain  Pengalaman paling pahit

Son kemudian dilihat berlari ke arah bangku simpanan Australia dan meraikan gol ketiganya pada kempen kali ini dengan penuh emosi.

Penyerang Wolverhampton Wanderers Hwang Hee-chan menyempurnakan sepakan penalti pada minit keenam tambahan masa selepas Craig Goodwin meletakkan pasukan Socceroos kendalian Graham Arnold di depan pada minit ke-42.

Sementara itu, ketua jurulatih Korea Selatan Jurgen Klinsmann gembira dengan watak positif yang ditunjukkan anak buahnya untuk memenangi satu lagi perlawanan yang berlangsung hingga 120 minit selepas mengatasi Arab Saudi menerusi sepakan penalti pada pusingan 16.

“Jelas sekali ia satu lagi drama, kami amat berpuas hati dan teruja untuk ke pusingan seterusnya.

Aksi ini pertarungan yang sukar dengan Australia tetapi kami sudah menjangkakannya.

Namun, bermain selama 120 minit, saya amat berbangga dengan pasukan dan semangat mereka.

“Kami kini berada dalam separuh akhir dan akan bertemu Jordan. Ini menunjukkan betapa sukar kumpulan kami dengan dua pasukan pada separuh akhir,” kata pengendali dari Jerman berusia 59 tahun yang juga juara Piala Dunia pada 1990.

Baca lain  Futsal veteran, wanita Telaga Air

Pada pertembungan separuh akhir Selasa depan, juara dua kali Korea Selatan yang berhasrat menamatkan kemarau 64 tahun untuk bergelar juara, akan bertemu Jordan yang menyaksikan kedua-dua pasukan sebelum ini seri 2-2 dalam aksi Kumpulan E. – BERNAMA

BERITA LAIN

SUKMA XXI 2024: Petinju diingat kekal disiplin

KUCHING: Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA) mengingatkan atlet khususnya yang terpilih mewakili Sarawak pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-21 agar mengekalkan disiplin mereka. Presiden SABA,

HSL Samarahan Maraton tawar hadiah RM58,000

SAMARAHAN: Pelari Afrika, Brunei, dan Singapura antara yang mengesahkan penyertaan Samarahan Maraton HSL yang berlangsung pada 11-12 Mei depan. Kejohanan julung kali anjuran Majlis Perbandaran

Kilat Boy, Herlan mula berlatih Sabtu ini

KUCHING: Sesi latihan bersama petinju profesional Sarawak, Daeloniel Mcdelon Bong dengan petinju kelahiran Filipina, Herlan Gomez bermula Sabtu ini (20 April) di Pusat Tinju Elit

BERITA TERBARU

Bacaan IPU Sarawak baik, sederhana

KUCHING: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh Sarawak menunjukkan bacaan baik dan sederhana serta tiada bacaan tidak sihat direkodkan susulan letusan Gunung Ruang di Sulawesi