ARTIKEL

Anwar Ibrahim selaku Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyampaikan ucapan pada Sambutan 25 Tahun Keadilan di Sentul Depot semalam.

Kemenangan PH dalam PRK KKB beri isyarat terus kerja kuat tarik pelabur, perkuat ekonomi – Anwar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu semalam memberi isyarat jelas kepada Kerajaan Perpaduan untuk terus bekerja kuat menarik pelabur, seterusnya memulih dan memperkukuh ekonomi negara.

Dalam hantarannya di laman Facebook, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kerajaan Perpaduan akan terus menggalas amanah dan tanggungjawab itu dengan baik demi rakyat terbanyak.

“Pada Majlis Malam Sambutan 25 Tahun PKR di Sentul malam ini, saya mulakan ucapan dengan mengucapkan tahniah kepada calon PH yang berjaya mempertahan kerusi DUN Kuala Kubu Baharu.

“Tahniah dan terima kasih juga kepada seluruh jentera Kerajaan Perpaduan yang mempamerkan kesepakatan dan semangat luar biasa bagi mempertahan kemenangan,” katanya.

Pada PRK itu, calon PH, Pang Sock Tao menang dengan majoriti 3,869 undi menewaskan tiga pencabarnya, iaitu Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

Anwar turut mengingatkan semua ahli PKR, terutamanya generasi muda, untuk menghayati idealisme dan tidak terpukau dengan godaan memunggah kekayaan.

Beliau berkata bakat pemimpin muda perlu digilap dan bersedia untuk meneruskan perjuangan keadilan mempasak perubahan. – BERNAMA

BERITA LAIN

Rujuk status tanah sebelum buat rumah

BINTULU: Penduduk khususnya di rumah panjang perlu merujuk status tanah kepada agensi berkaitan terlebih dahulu, sebelum mendirikan perumahan baharu di kawasan yang dikenal pasti. Menteri

BERITA TERBARU

Rujuk status tanah sebelum buat rumah

BINTULU: Penduduk khususnya di rumah panjang perlu merujuk status tanah kepada agensi berkaitan terlebih dahulu, sebelum mendirikan perumahan baharu di kawasan yang dikenal pasti. Menteri